Lagu Rindu Buat Kekasih
Seringku katakan pada diri dan dunia
Betapa kuatnya aku melawan rasa
Betapa beraninya aku melawan masa
Betapa aku boleh menghadapinya
Sendiri pabila waktu itu tiba
Namun
Setiap bait kata hanya dusta
Kerana hati dan lisan bicaranya berbeza
Apatah lagi bila dicampur akal dan minda
Terlampau banyak pura
Dan cerita itu berulang kembali
Tika kunanti mu dibuaian rindu
Ku seka air mata sehingga terdaya
Ku ketepi semua pandangan mata
Namun mengenangmu membuatku gila
Gila cinta tiada terhingga
Tak peduli apa di hati berkata
Bila airmata membasahi muka
Dan aku akui akhirnya
Rindu ini milikmu cuma
Tiada gambar mampu mengubat rindu
Tiada cerita mampu mengubat sengsara
Tiada pujukan mampu mengubat derita
Sehingga bertemu dengan mu
di alam nyata
Anugerah yang Esa
Terima Kasih Allah
Atas cinta hamba tiada tara
Memang sengsara memang derita
Kini bersabar meniti detik waktu
Pabila dia dan aku bersatu
Mendendang muzik si lagu rindu
Nukilan Rindu...
Iza Safiya
Seringku katakan pada diri dan dunia
Betapa kuatnya aku melawan rasa
Betapa beraninya aku melawan masa
Betapa aku boleh menghadapinya
Sendiri pabila waktu itu tiba
Namun
Setiap bait kata hanya dusta
Kerana hati dan lisan bicaranya berbeza
Apatah lagi bila dicampur akal dan minda
Terlampau banyak pura
Dan cerita itu berulang kembali
Tika kunanti mu dibuaian rindu
Ku seka air mata sehingga terdaya
Ku ketepi semua pandangan mata
Namun mengenangmu membuatku gila
Gila cinta tiada terhingga
Tak peduli apa di hati berkata
Bila airmata membasahi muka
Dan aku akui akhirnya
Rindu ini milikmu cuma
Tiada gambar mampu mengubat rindu
Tiada cerita mampu mengubat sengsara
Tiada pujukan mampu mengubat derita
Sehingga bertemu dengan mu
di alam nyata
Anugerah yang Esa
Terima Kasih Allah
Atas cinta hamba tiada tara
Memang sengsara memang derita
Kini bersabar meniti detik waktu
Pabila dia dan aku bersatu
Mendendang muzik si lagu rindu
Nukilan Rindu...
Iza Safiya
8/17/2011 03:48:00 pm |
Category: |
0
comments
Comments (0)