Diam tak diam kita dah sampai 10 malam terakhir. Sedih rasanya.... ingin nak minta Allah undur ke Ramadhan yang pertama.....

Kita usahakan sungguh-sungguh untuk:

i] Solat Tarawikh dan Solat Sunat Malam yang terbaik & paling bermutu dengan pakaian yang paling cantik dan berbau paling wangi.
ii] Membaca Al-Quran sebanyak mungkin, nak dapat double - ajak suami dan anak duduk sekali.
iii] Masak sedap-sedap, supaya pahala puasa orang dalam rumah kita dapat semua pada kita.
iv] Buat kuih sedap-sedap, supaya suami dan anak gembira dengan kita.
v] Zikir banyak-banyak sambil masak, buat kuih dan apa juga aktiviti.

Semoga Allah sayang pada kita dan izinkan Lailatulqadar dapat kita manfaatkan. Amin Ya Allah.....Manalah tahu, tahun hadapan kita tak dapat jumpa.....

selamat Beribadat!

Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya




Comments (0)