Andainya Aku Tahu


Andai Aku tahu, hujan akan turun
Pasti baju-baju kan ku angkat dari jemuran


Andainya Aku tahu, ke mana cinta lari
Pasti akan ku kejar sampai aku mati


Andainya Aku tahu, apa akhirnya hidup ini
Aku mungkin hanya akan duduk goyang kaki....
Kerana sudah pasti Syurga yang menanti


Namun
Tidak Ku tahu penutupnya kisah ini
Pastinya...
Aku mesti berusaha terus mengubah diri
Memadam dosa dengan keampunan
Menambah pahala dengan kebaikan
Melakukannya berulang dan berbagai
Kerana Aku tidak tahu
Kebaikan yang mana satu
Yang akan membawaku ke Jannah nanti


Biarpun diri tak layak meminta Syurga
Lantaran kesilapan lalu yang berbagai warna
Namun tak dapat ku tanggung bahangnya Api
Panasnya pasti melebihi imiginasi


Hajat yang satu ada di hati
Bertemu Rasulullah SAW di Al-Firdausi nanti

Nukilan
Iza Safiya

Comments (0)