Catatan ini saya hadiahkan kepada Muslimah yang belum berkahwin...
Ikut pengalaman... masa Hari Raya lah, kita terpaksa hadapi situasi ini, sebab banyak ahli keluarga datang berkunjung dan topik yang sama akan muncul...
Masa kita kecil, mereka tanya bila nak sekolah?
Masa sekolah rendah, mereka tanya bila nak UPSR? Dapat berapa A?
Masa sekolah menengah, mereka tanya bila nak PMR? Dapat berapa A? Bila nak SPM? Dapat masuk U apa?
Habis belajar, mereka tanya bila nak kerja?
Kemudian mereka tanya, bila nak kahwin?
Semua soalan di atas, kecuali dua yang terakhir, amat mudah dijawab, ikut time frame dan ikut usaha, Insya-Allah, mudah.
Dua yang terakhir yang paling payah....terutama yang terakhir.....
Masuk umur 25, semua mak cik-mak cik dah kecoh kalau ada anak saudara tak kahwin lagi...
Masuk umur 30, semua mak cik-mak cik dah tengok kita semacam
Masuk umur 35, semua mak cik-mak cik kata kita dah dikategori 'gone case'
Saya cakap mak cik-mak cik kerana orang perempuan yang suka cakap/ tanya pasal hal ini pada kawan-kawan, anak sendiri, anak orang dlll. Saya pernah nampak dengan mata kepala, bagaimana kakak saudara yang masih belum berkahwin pada ambang usia 40-an, diusik nakal disuruh mandi bunga pada malam Jumaat di sungai deras. Walau tersenyum sumbing, merah juga muka menahan marah dan tentunya malu.
Walhal, insan itulah yang kalau mak cik-mak cik tadi kalau sakit pening akan meminta bantuan pada kakak saudara menghantar ke klinik kerana anak-anak sendiri semua jauh di mata. Insan yang sama juga, diminta bantuannya agar meminjamkan sedikit sebanyak wang jika anak-anak mak cik-mak cik yang berada di universiti atau kolej meminta wang kerana masih belum mendapat pinjaman PTPTN.
Klisenya, kebanyakan orang perempuan, bukan nak membantu sangat. Banyak tanya macam mengambil berat, tapi jalan penyelesaian 'zero'.
Maka, adik-adik Muslimah saya... jangan rasa rendah diri.... kerana:
i] Jodoh di tangan Allah.
ii] Boleh diusahakan, tapi jangan sampai memalukan Agama.
iii] Ada banyak kisah Zaman Nabi, wanita yang bujang tetapi taat pada ibu-bapa dan banyak beribadah kepada Allah.
Maka,
i] Banyakkan berdoa - dapat suami yang taat pada Allah dan apa juga sifat yang kita idamkan. Nak yang handsome? Nak yang kaya? Minta dari Allah. Bukankah Hanya Allah yang kita sembah dan hanya kepadaNya kita minta pertolongan.
ii] Jauhkan diri dari maksiat - Orang yang paling Allah sayang adalah orang muda yang banyak membuat amal kebaikan kepada sesiapa sahaja terutama kepada kedua-ibubapa. Insya-Allah, rezeki lebih mudah dan jodoh juga dipermudahkan.
iii] Kumpul duit banyak-banyak buat simpanan masa hadapan - mana tahu nak buat majlis akad nikah di Makkah ke....
iv] Kongsi kasih sayang dengan semua anak saudara yang ada - ini untuk memperkayakan sifat keibuan yang diperlukan bila sampai masanya nanti....
Boleh juga, kalau bijak mengatur ayat.... kepada mak cik-mak cik yang laser tadi, kita tanya balik dengan nada lembut bak wanita melayu terakhir "Mak Cik ada calon sesuai ke untuk saya pertimbangkan....?". Semoga semua kita berfikir....
Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya
8/14/2011 05:41:00 am |
Category: |
0
comments
Comments (0)