Hari ini saya menerima panggilan telefon dari sepupu yang sudah lama tidak berhubungan. Seperti biasa, orang perempuan akan bertanya, "Puasa tak hari ini?". Jawapan biasa, jika berpuasa, "Insya-Allah". Jika tidak, " Alah..... aku cutilah. Lecehlah.....".
Sayapun pernah berkata demikian. Tetapi suami pernah menegur. "Oooo... Kalau boss bagi cuti, kalau boleh nak melompat sampai bumbung pejabat. Allah bagi cuti... tak ucap Terima kasihpun. Siap kata leceh lagi tu....". Saya terpempan.
Betul kata suami saya. Astarghfirullah!! Bertahun berdosa kepada Allah, hanya dengan satu ayat perbualan " Alah..... aku cutilah. Lecehlah.....".
Bayangkan begini,
Jika A, seorang perempuan normal yang mencapai umur akil baligh pada 10 tahun dan kini usianya 25 tahun. Ini bermakna, A sudah 15 kali Ramadhan dapat cuti dari Allah selama 7 hari. Maka jumlah cuti yang Allah beri adalah 105 hari dalam tempoh 15 tahun.
Dan jika setiap hari ada 5 orang tanya soalan "Puasa tak hari ini?". Dan A menjawab "" Alah..... aku cutilah. Lecehlah.....". Maka, selama 15 tahun, A meluahkan rasa tidak puas hati dengan pentakdiran Allah sebanyak 525 kali tanpa sedar!!!
Bagaimana? Takutkan? Malu pada Allah, walaupun Allah tidak berharap apa-apa dari kita yang merupakan hambaNya, tapi kita yang SEMUANYA bergantung harap pada Allah berani meluahkan ketidak puasan hati kita sedemikian rupa!!!!
Banyak kali kita lupa. Kita ditakdirkan diciptakan sebagai wanita. Kita mampu melahirkan zuriat manusia di dunia ini jika Allah mengizinkannya. Kita ada hardware itu. Untuk memikul hardware itu, kita kena service hardware kita sebulan sekali. Sebab itu Allah izinkan haid berlaku dan kita diberikan cuti dari segala amalan yang diwajibkan kepada seluruh Umat Islam. Kerana apa?
Takdirnya darah itu kotor. Takdirnya kehilangan darah yang banyak itu melelahkan kita. Syaitan suka pada kita. Hormon kita tidak stabil. Angin kita pun apa kurangnya. Sebab itu Allah bagi cuti dan kita patut berbangga kerana Allah bagi yang istimewa pada kita.
Klisenya kita memandang Allah memuliakan lelaki sampai kadang-kadang kita meminta-minta untuk disamaratakan dalam hal-hal yang kecil-kecil, yang hanya memberi kepuasan pada nafsu sahaja. Pangkat & Jawatan, antaranya.
Sampai kita terlupa, istimewanya kita yang diberi cuti setiap bulan untuk berehat dalam sesetengah aktiviti.
Siapa kata kita tak boleh dapat pahala puasa.
Ada sabda Rasulullah, saya cuba tuliskan mengikut pemahaman saya: "Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka, seluruh pahala puasa orang yang diberi makan itu, dapat pada si pemberi, tanpa mengurangkan pahala si penerima."
Maka, apa lagi para Muslimah, antara alternatif kita bila tak boleh puasa:
i] Boleh masak sedap-sedap untuk suami dan anak-anak kita berbuka puasa.
ii] Boleh masak ekstra dan hantar pada jiran tertangga.
iii] Boleh masak lagi ekstra dan hantar pada rumah orang Alim, Tok Imam dan Guru-guru Agama - sebab nak pahala lebih banyak kan?
iv] Boleh masak lagi lagi ekstra untuk hantar pada majlis berbuka puasa di Masjid. Confirm dapat lagi banyak...
Amacam? Saya pasti anda ada lagi banyak idea dari saya.... Jangan risau Allah sayang pada kita, Insya Allah.
Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya
8/14/2011 05:05:00 am |
Category: |
0
comments
Comments (0)