Inilah kerja kita orang perempuan, bulan Ramadhan, kita paling busy. Mana taknya, sebulan sebelum Ramadhan, sibuk tempah baju dan langsir (ikut mana perlu). Bulan puasa, sibuk sedia hidangan berbuka dan sahur untuk Suami dan anak-anak. Bulan Raya sibuk nak atur Rumah Terbuka untuk saudara-mara, rakan sepejabat dan sebagainya.
Fully tested.... tapi jangan lupa ibadat Tarawikh yea...
Dulu masa saya bekerja di organisasi lama, saya pernah menegur staff yang mengambil order biskut, "Kenapa tak offer pada saya?", tanya saya. "Segan, Puan. Saya berniaga tolong kakak ipar saja. Biskut biasa sahaja... ", katanya sambil tersipu. Saya tanya terus terang," Masa awak sibuk urus ini semua, ada sampai guna masa atau peralatan Syarikat kah?". "Cuma e-mail sahaja. Sample biskut saya serah semasa rehat tengahari", jawabnya. "Berniaga amalan Rasulullah SWT. Saya fikir, jika awak suka berniaga, teruskan. Syarikat akan lebih beruntung jika semua staf ada sifat keusahawanan. Cuma, berusaha habis baik untuk berikan yang hak kepada yang hak", nasihat saya.
Saya paling tak senang hati melihat staf admin yang hanya tahu susun fail, staf akaun yang hanya pandai kira duit atau staf akademik yang hanya suka urus kelas dan bahan pengajaran. Sifat Keusahawanan akan menyebabkan mereka lebih ber'idea' dalam urusan pemasaran. 70% komponen penting perniagaan adalah Pemasaran. Orang Islam selalu gagal kerana ini. Malah staff yang ada unsur ini lebih mudah dinaikkan pangkat, kerana pandai mengimbangi keperluan pelanggan kami dan keperluan Syarikat. Ramai staf yang berkeupayaan Multi-Tasking tapi tak ramai yang Multi-Thinking!
Maka, muncullah e-mail senarai biskut, kek dan kerepek yang dijual sempena Aidilfitri di dalam inbox saya, bukan dari seorang staff tapi lebih dari lima orang. Saya tersenyum, akhirnya saya tahu siapa yang suka berniaga dan ini memudahkan saya yang tak suka membeli biskut "satu rasa pelbagai warna" dari Pasaraya Besar di mana-mana jua. Cuma tinggal tanya diri sendiri "Nak Oder atau Tak Nak Order".
Malah, ketika saya mengunci pintu pejabat, untuk pulang pada hari yang sama, seorang Pensyarah saya datang dan menegur," Puan, ini tudung yang saya ambil dari Kelantan, Puan bawa balik untuk pilih, mana yang berkenan. Harga saya tulis di sampul plastiknya". Saya ambil sambil tersenyum. Saya tahu Suami pasti senyum melihat beg plastik yang agak besar yang saya bawa balik hari tersebut....Cuma tinggal tanya diri sendiri "Nak Beli atau Tak Nak Beli".
Bercakap tentang Aidilfitri, saya elakkan PEMBAZIRAN. Terutama pembaziran makanan. Berikut Tips saya untuk mengatasi masalah ini:
i] Kenali Suami dan Anak-anak kita
- Tanyakan soalan mudah pada diri anda & ahli keluarga serumah
a) Apa biskut/ kek yang 70% ahli rumah kita suka makan
b) Apa hidangan kesukaan mereka untuk Aidilfitri
Sentiasa ingat, Suami dan anak adalah mereka yang akan menghargai masakan kita. Mereka juga yang akan menghabiskan semua yang kita sediakan terutama jika tetamu tidak dapat akhir di saat akhir..... Baik kita buat untuk mereka kerana Allah Taala.
ii] Kenali traffic flow tetamu di rumah kita.
- Tanyakan soalan mudah pada diri anda & ahli keluarga serumah
a) Berapa keluarga yang datang melawat rumah kita tahun lepas?
b) Berapa kali sesi rumah terbuka nak buat tahun ini? Bilangan jemputan?
Maka:
Asasnya:
i] Sediakan 2 atau 3 jenis biskut. Ajak Suami dan Anak-anak pilih jenis biskut apa nak beli atau buat. Minta mereka tolong buat di dapur dengan kita.
ii] Lebihkan kerepek - sebab kerepek tahan hampir 3 bulan.
iii] Sediakan 1 atau 2 jenis kek yang memang tahan lama seperti kek jenis lapis seperti Sarawak atau Betawi. Jika ada kek yang tidak terlalu tahan lama - pastikan kek yang amat laris permintaannya oleh Suami dan Anak-anak seperti Chocolate Moist Cake.
Tambahannya:
i] Jika ada rombongan sekeluarga yang datang, kita sediakan mee atau bihun atau masak nasi berlauk kerana kita tetap kena sediakan hidangan untuk keluarga kita setiap hari. Hanya perlu lebihkan kuantiti dan tambahkan satu atau dua menu lauk istimewa. Ini adalah untuk meraikan tetamu.
ii] Jika berhajat buat Rumah Terbuka, buatkan sistem RSVP bagi memudahkan budget dibuat. Kita bertanggungjawab mendidik keluarga dan kawan-kawan agar mereka tidak menjadi penyebab kepada pembaziran kita. Pilih tarikh dan waktu yang sesuai.
Untuk Mama/ Mak Mertua:
Bagi buah tangan buat Mama atau Mak Mertua di Kampung, kita sediakan sebalang biskut dari setiap jenis yang sama yang kita buat/ beli untuk rumah kita. Elakkan beli kek tanpa bertanya samada Mama/ Mak dah membelinya, atau ushar dulu dari adik-beradik/ ipar yang lain. Paling mudah, serahkan budget itu kepada mereka, agar mudah mereka merancang sendiri bagi mengelakkan PEMBAZIRAN.
Maka, para Muslimah, kita tak akan ada masalah untuk dua isu di atas iaitu "Nak Beli atau Tak Nak Beli" atau "Nak Order atau Tak Nak Order". Insya-Allah.
Iza Safiya
Saat Pena Di Genggaman...
[Catatan Penulis: Tips di atas adalah dari pengalaman Penulis yang pernah terpaksa membuang biskut tahun sebelumnya akibat dari kegagalan merancang pembelian]
8/07/2011 06:57:00 am |
Category: |
0
comments
Comments (0)