Apa yang saya ingin kongsi di sini adalah soal sikap. Sikap mereka yang suka dan ikhlas akan kerja yang mereka buat dan soal mereka yang sebaliknya.
Saya dan kakak sudah beberapa kali berurusan dengan Miss X di Kaunter SKII Jaya Jusco Mid Valley dan Miss Y di Wah Chan Seksyen 14 PJ. Apa yang menarik tentang mereka?
Bagi saya jawapannya adalah persahabatan yang tidak ada double standard. Mungkin anda memandang sinis kata-kata saya dengan berkata "awak tengah ada duit boleh lah". Jawapannya adalah TIDAK kerana saya pernah terputus hubungan lebih setahun kerana perpindahan namun, akhirnya jarak yang jauh tidak menghalang hubungan saya yang menarik hati kembali kepada mereka.
Service yang diberi tip top. Menghormati budget dan masa yang kita ada serta ikhlas dalam menasihati apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. Malah Miss Y di Wah Chan sudah amat kenal design barang bling-bling yang saya minati atau yang kakak saya pasti jatuh hati pada pandangan mata yang pertama kami.
Jika sale dua minggu lagi, akan ada SMS peringatan dan jika kita membalas mengatakan 'Terima kasih. Kami Tidak Dapat Hadir', mereka tidak akan ada paksaan yang sampai kita rasa 'Dia ni tak faham bahasa ke?'. Dan sale akan datang, SMS akan kita terima lagi.
Mungkin ada juga yang akan berkata ' Alah... itukan kerja mereka dan mereka dapat komisyen'. Jawapan saya benar. Tapi tanyalah diri kita sendiri berapa ramai orang yang bekerja dengan komisyen yang tidak ada sikap sayang pelanggan seperti itu atau komited dalam perhubungan seperti sahabat.
Pergi sahaja ke sesetengah kaunter, yang mana mereka juga terima komisyen seperti Miss X dan Miss Y, jika kita dalam masalah, ingin menukar produk, mereka akan berkata"Cik pergi ke kaunter di tingkat atas, isi borang, then datang sini balik" atau bila produk yang kita inginkan tiada dalam stok, mereka akan berkata "Ala.... yang ini bagus juga, cuba lah dulu". Atau, ada juga jurujual yang memang kenal kita kerana baru dua minggu menguruskan pembelian pukal barang elektrik di kedai XX, juga buat tak kenal apabila kita datang lagi hanya sekadar untuk mengambil hadiah percuma yang baru sampai stok.
Mereka yang berada di kaunter hadapan perkhidmatan seharusnya tahu bahawa :
i] pelanggan ingin dilayan sebaiknya - barangan yang disyorkan mesti mengikut apa yang pelanggan perlukan
ii] pelanggan ingin setiap RM yang dikeluarkan dihormati oleh jurujual tanpa mengira nilai RM itu sendiri. Ini adalah kerana RM itu didapati dari hasil titik peluh suami/ pelanggan sendiri.
iii] sebelum pelanggan kita melangkah kaki ke kaunter itu, pelanggan kita dah habis fikir pelaburan yang bakal dibuat.
Itu sahaja! Kita bukan inginkan layanan seperti raja, sekadar rasa selesa dan gembira. Maklum, perempuan & Shopping!
i] pelanggan ingin dilayan sebaiknya - barangan yang disyorkan mesti mengikut apa yang pelanggan perlukan
ii] pelanggan ingin setiap RM yang dikeluarkan dihormati oleh jurujual tanpa mengira nilai RM itu sendiri. Ini adalah kerana RM itu didapati dari hasil titik peluh suami/ pelanggan sendiri.
iii] sebelum pelanggan kita melangkah kaki ke kaunter itu, pelanggan kita dah habis fikir pelaburan yang bakal dibuat.
Itu sahaja! Kita bukan inginkan layanan seperti raja, sekadar rasa selesa dan gembira. Maklum, perempuan & Shopping!
Berbanding dengan Miss X yang sarat mengandung yang sanggup untuk menguruskan pembelian yang sebenarnya nilai amat kecil tanpa kami bersusah payah beratur di kaunter pembayaran. Malah, apabila pakar kecantikan yang sepatutnya menjalankan facial kepada saya, kakak dan adik kami tidak dapat hadir kerana MC, awal pagi lagi beliau sudah menghubungi kami untuk maklumkan perkara itu agar kami tidak bersusah payah datang untuk memenuhi temujanji kami. Oleh kerana kami singgah juga, 'just to say hello', kami menerima bingkisan hadiah tanda maaf! Siapa yang tidak tersenyum lebar.....
Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya
8/20/2011 04:00:00 am |
Category: |
0
comments
Comments (0)