Suami izinkan kami Shopping pada hari ini. Kami berjalan sakan sama ada untuk memilih atau cuci mata. Kakak ingin membeli kasut baru, sayangnya bila ada design yang dia berkenan, saiz tak ada. Saya rasa amat simpati dan doakan beliau dapat berjumpa kasut yang diingini sebelum Aidilfitri.
Tepat jam 1.30 petang pada hari Jumaat, di manakah anda akan berharap semua orang lelaki Muslim berada? Masjid atau Mid Valley?
Dengan berpakaian pejabat, tak mungkin mereka seorang musafir. Apatah lagi bersama mereka adalah seorang yang bertudung.
Sahabat Muslimah,
Jika kekasih kita jenis yang 'TAK NAK' bersolat Jumaat, tinggalkan sahaja dan pilih orang lain yang lebih baik.
Jika adik kita jenis yang 'TAK NAK' bersolat Jumaat, nasihatkan apa yang patut dan maklumkan pada Mama kita untuk Mama guna hukuman Mandatori.
Jika anak kita jenis 'TAK NAK' bersolat jumaat, rotan jika perlu dan cakap pasal dosa pahala, berkat tak berkat hidup.
Jika suami kita jenis 'TAK NAK' bersolat jumaat, pujuk baik-baik.
Jika bapa kita jenis 'TAK NAK' bersolat jumaat, nasihat baik-baik.
Apa pentingnya solat Jumaat? Khutbahnya! Khutbah itu yang sepatutnya para suami, abang, adik dan kekasih kongsi dengan semua orang di bawah seliaanya. Bukankah Islam itu lebih indah dan ilmu itu akan berkembang. Khutbah Jumaat mengandungi peringatan tentang pelbagai perkara, perkara akidah dan ketaqwaan dan lain-lain. Beruntung orang lelaki yang saban minggu di upgrade tahap pengetahuannya oleh para Imam yang setentunya memiliki Ilmu Allah yang lebih baik dari kita, orang biasa-biasa.
Kita, para wanita Muslimah, bertanggungjawab memperbaiki generasi seterusnya dengan sedaya upaya kita dan kita harapkan Allah untuk membantu mempermudahkan tugas ini dan Rahmat Allah yang kita akan dapat.
Di mana kita nak letak muka kita jika Allah tanya kita:
'Siti, apa yang kamu lakukan apabila melihat anak kamu tidak bersolat?'
'Syikin, apa yang kamu buat apabila melihat adik kamu mengambil dadah?'
'Tipah, apa yang kamu buat apabila melihat abang kamu membeli nombor ekor?'
'Kiah, apa yang kamu buat apabila melihat suami kamu menerima rasuah?'
'Senah, apa yang kamu buat bila mengetahui bapa kamu berzina?'
'Zila, apa yang kamu buat bila melihat adik ipar lelaki kamu mencuri?'
Takkan kita nak jawab dengan Allah "Ada aku Kisah!!!"
Buruk baik perilaku lelaki-lelaki yang berkaitan dengan kita akan menyusahkan wanita yang lain bergelar isteri di mana pada masa yang sama kita adalah isteri seorang lelaki. Sebab itulah dalam Islam menegaskan "Berpesan-pesan pada kebenaran. Berpesan-pesan pada kesabaran". Nasihat tidak terhenti pada mana-mana titik usia dan pangkat. Asalkan kena caranya - yang kita mampu, Insya-Allah, redha Allah buat kita.
Semoga Syurga buat anda dan saya. Amin.
Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya
8/20/2011 04:30:00 am |
Category: |
0
comments
Comments (0)