Saya bukannya pandai masak. Boleh dikira dengan jari jenis masakkan yang saya pandai. Masak kicap, Masak Sambal, Singgang, Asam pedas. Itu sahaja. Tak percaya? Itulah saya. Namun ada beberapa jenis masakan yang suami memang suka buat hati saya terbang dalam pujian.... kenyang sebelum makan.
Namun, pada hari ini, Sabtu, suami membelikan saya ketam.... yang memang yummy. Saya suka seafood, suami suka ayam. Cuma ada beberapa jenis ikan dan seafood yang dia suka makan antaranya ketam.
Jika masak sambal ketam, saya akan goreng dulu ketam barulah saya sambalkan dia. Letak bawang banyak biar manis. Allah sahaja tahu rasanya yang sangat sedap.
Namun, Sabtu lalu saya buat kesilapan. Saya tambahkan telur tanpa bertanya suami kerana mengubah resepi yang telah beliau katakan "I like This". Kasihan dan malu pada suami kerana beliau tidak dapat apa yang saya janjikan yang beliau harapkan, iaitu Sambal Ketam.
Catatan yang perlu saya tuliskan adalah"
i] Niat masak untuk suami - mestilah ikut apa yang suami suka. Bukan apa yang saya ingin nak buat. Itulah istiqamah.... Payah... tak payah langsung, tapi saya tak ambil berat!
ii] Setiap janji wajib ditepati jika tidak... Munafiq.
iii] Saya mesti pastikan saya mengambil berat dalam perkara kecil, kerana perkara kecil juga boleh mendatangkan pahala atau dosa...
So, Iza Safiya.... tepuk dada tanya nak apa? dosa atau pahala?
Saat Pena Dalam Genggaman...
Iza Safiya
8/22/2011 09:12:00 am |
Category: |
0
comments
Comments (0)