Hari ini saya janji untuk Masak Sambal Petai dan Ayam Lemak Bakar. Kedua-duanya suami suka. Alhamdulillah... Allah beri saya kejayaan. Beristiqamah pada niat. Suami suka & saya gembira. Walaupun di lidah saya ada kurang sana-sini, kerana puasa maka deria rasa saya lari sedikit, tapi suami gembira.
Saya tahu Allah yang pinjamkan saya kegembiraan itu kerana rasa sedap milik Allah.
Apa maksud saya?
kita boleh usahakan tilam yang tebal, tapi lenanya anugerah Allah.
kita boleh usahakan rumah yang besar, tapi harmoninya keluarga anugerah Allah
kita boleh usahakan menu yang pelbagai, tapi rasa sedap itu anugerah Allah
Semoga Allah bantu kita...
Teringat saya pada satu episod Halaqah, seorang wanita yang pernah jatuh papa dari kekayaan bercerita betapa pada ruang waktu itu, dia dan suaminya hanya mampu menyediakan nasi goreng bawang pada setiap waktu makan - pagi, tengahari dan malam untuk kesemuia anaknya. Namun, tiada seorangpun anaknya, yang ketika itu masih kecil, merungut malah memuji rasa nasi goreng itu amat sedap.
Dari kisah ini, saya disedarkan bahawa, kita sebagai manusia boleh usaha untuk menyediakan apa jua masakan, namun rasa sedap itu milik Pencipta segala makhluk yang ada termasuk Nasi Goreng Bawang itu tadi..... Wallahuaklam.
Memandangkan Aidilfitri yang kian hampir, teringin juga nak buat rumah berbau kuih raya.... maka saya dan suami berganding bahu membuat cookies coklat. Banyak ketawa dan usikan yang menyulami proses pembuatan tersebut.... rasanya.. yummy. Sebab rasa bahagia dan sedapnya... saya namakan Cookies Cinta.
Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya
8/22/2011 09:33:00 am |
Category: |
0
comments
Comments (0)