Apabila membaca Buku Biografi Muhammad Bin Abdullah - Perjalanan Hidup Seorang Nabi yang ditulis oleh Zulkifli Mohd Yusoff & Noor Naemah And. Rahman (Edisi 2010) terbitan PTS, sampai ke Bab 11, Pembukaan Kota Mekah, ada cerita Rasulullah SAW yang ingin saya kongsikan.
Selepas memasuki dan menguasai Mekah, nasib penduduk Mekah di tangan Rasulullah SAW. Dalam pertemuan baginda dengan semua penduduk Mekah di Bukit Safa, selepas menyampaikan ucapan tentang beberapa perkara the do s and the don't s mengikut syariat Islam, semua yang hadir akur dan mereka (penduduk Mekah) tahu bahawa nasib mereka di tangan Rasulullah.
Dari atas Bukit Safa baginda bertanya," Apakah yang kamu rasa aku akan lakukan kepada kamu semua?".
Kata Quraisy, "Kamu adalah saudara yang mulia dan anak kepada saudara kami yang mulia".
Kata Rasulullah SAW, "Kamu semua bebas". Rasulullah SAW memaafkan mereka walaupun mereka telah menyakiti, memusuhi dan memerangi Rasulullah SAW sepanjang 23 tahun.
Mengambil kira bulan Ramadhan yang Mulia telah lebih separuh bulan, Lailatulqadar yang bakal menjelma serta Aidilfitri yang kian hampir, saya mengajak diri saya, keluarga dan semua Muslimah memaafkan semua orang yang masih belum kita maafkan. Saya fikir, lebih indah jika kita Memaafkan Semua Sebelum Syawal. Kita buat sehabis ikhlas. Tentu Allah lebih sayang kita semua.
Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya
Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya
8/18/2011 09:27:00 pm |
Category: |
0
comments
Comments (0)