Hari ini (mengikut waktu sebenar) adalah hari Nuzul Quran. Ayat Al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril di Gua Hira' pada 17 Ramadhan. Ayat itu adalah IQRA', yang memberi maksud Baca!
Al-Quran adalah Kalam Allah mengandungi 6,666 ayat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui ketua segala Malaikat iaitu Jibril yang memiliki 600 sayap yang menutupi dari timur ke barat , amat gagah perkasa dan berwajah sangat indah mempesona. Kegagahannya, sebagaimana izin Allah, mampu mengangkat sebuah negeri dengan hujung sayapnya dan membenamkannya sehingga negeri itu menjadi laut. Itulah kisah penciptaan Laut Mati.
Dari Al-Quran, manusia boleh mengetahui rahsia penciptaan Alam, sejarah yang menjadi teladan dari umat terdahulu dan apa jua yang Allah perintahkan kepada kita sebagai hambaNya. Malah, Al-Quran adalah kitab yang tidak lapuk dek Zaman. Masya-Allah! Benar ia Kalam Allah kerana Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang Ummi. Baginda buta huruf, tak boleh membaca dan menulis.
Kebanyakan kita mungkin hanya tahu membaca Al-Quran tetapi tidak mendalami tafsirnya. Bacalah sebanyak yang terdaya, fahamilah sebanyak yang terdaya, hayatilah sebanyak yang terdaya dan amalkanlah sebanyak yang terdaya. Hanya Allah yang bakal menilainya.
Semoga kita sentiasa berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah sebagaimana pesanan Rasulullah SAW di dalam Khutbah terakhir baginda. Amin.
Saat Pena Di Genggaman
Iza Safiya
8/17/2011 04:31:00 am |
Category: |
0
comments
Comments (0)