Salam Ramadhan!
Selamat Berpuasa. Semoga mendapat Pahala Puasa yang Barakah.
Setiap kali bulan Mulia ini datang, saya akan terkenangkan beberapa perkara terindah dalam hidup saya:
i] Buah Laici dalam Tin : Pada akhir 70an dan awal 80an, ketika saya masih kecil, setiap kali bulan Ramadhan datang, kami akan shopping ke Singapura. Mama saya akan membelikan kain baju kurung dan baju Melayu. Confirm kami sedondon! Cuma Mama dan Abah sahaja yang ada pakaian Special. Selang setahun, Mama akan beli langsir baru. Macam-Macam baru. Tapi yang paling seronok, Mama akan beli 30 tin buah Laici. Yang ini saya paling suka. Dan tugas saya adalah membahagikan buah laici secara adil ke dalam mug setiap orang, dan jika ada lebih satu, saya senyum dan tanya Mama,"Mama! Ada lebih satu. Macamana?". Klise sungguh nada saya.... Mama faham. "Kakak ambillah", jawab Mama. Macamlah Mama tak tahu harapan hati saya. "Tapi kalau ada dua, saya tak cakap dengan Mama. Satu untuk Saya dan Satu untuk Mama".
ii] Mengejutkan adik saya bangun untuk bersahur : Dalam ramai-ramai anak Mama, telinga saya paling allergic dan hati saya paling sensitif. Telinga allergic bila Mama jerit, "Kakak bangun!". Saya rasa arwah Mak Su jiran sebelah pun boleh dengar ketika hayatnya. Saya bangun sebab saya malu. Tapi, adik beradik yang lain memang tak bergerak langsung. Maka, jadilah tugas saya, selepas bantu Mama sediakan hidangan Sahur, saya mesti kejut empat orang komrad yang lain. Abang dan dua adik saya agak memberikan kerjasama. Namun, adik saya yang kedua memang sangat liat untuk bangun. Selalu saya naik angin kerananya. Bangun untuk Sahur, lambat! Bangun untuk ke sekolah pun lambat! Lepas itu, dia akan menangis sepanjang makan sahur. Mama selalu kata, adik saya makan nasi kuah air mata. Bila dah dewasa dan berjauhan sekarang, saya selalu kenang saat seperti ini.
ii] Melepak selepas Tarawikh : Saya dan suami pula, ada habit kami sendiri. Melepak lepas Tarawikh. Kami akan berbual, berbincang atau bercakap apa sahaja selepas Solat Tarawikh. Kadang-kala kami singgah di kedai Mamak, pekena seround teh tarik dengan roti telur, baru balik rumah dan sambung berbual/ buat apa sahaja sampai waktu sahur. Lepas subuh baru kami tidur untuk rehat sebentar. Biasanya, itu kami lakukan pada hujung minggu.
Alhamdulillah, hari ini sudah 6 hari kita melalui Ramadhan, Allah bantu saya dalam banyak urusan. Hanya Allah tempat saya bergantung harapan. Saya yakin, saya tak akan dikecewakan olehNya.
Iza Safiya
Saat Pena Di Genggaman...

8/07/2011 05:41:00 am |
Category: |
0
comments
Comments (0)