Hujung tahun hampir tiba, Cuti sekolah bakal menjelma. Bos-bos ditempat kerja dah merangka bonus sebab muka para pekerja juga dah masuk mod "Bos! Ada bonus tak tahun ini?". Semoga semua pekerja yang sudah bekerja dengan sebaik mungkin dan penuh kejujuran mendapat hadiah bonus dari Allah dan buat bos-bos yang berkenaan, sikit atau banyak, berilah dengan ikhlas. Rahmat Allah buat kita semua.
Bila sebut pasal bonus, anak-anak mula tanya, Mama, kita bercuti di mana Disember nie? Kita tak tempah flight AirAsia kemana-mana ke... tempah sekarang dapat murah.... Kalau itulah kata-kata anak berusia lima tahun, kita memang dah kena masuk zon berjaga-jaga. Kita juga yang ajar mereka untuk berbicara begitu.
Saya lebih suka buat Tabung Bercuti untuk memastikan ianya satu aktiviti yang semua orang perlu ambil bahagian. Sepanjang tahun ini, sebelum tabung dipecahkan, jika ada duit lebih, masukkan dalam tabung, jika ada cadangan nak pergi mana, masukkan dalam tabung. Boleh bayangkan seronoknya apabila tabung di buka kelak.... Maka proses kira mengira dan undi mengundi tentang destinasi akan dijalankan, semoga di berkati Allah.
Bercuti memang best. Namun sekarang kita terpaksa memilih tempat yang lebih selamat - selamat apa? Selamat untuk pandangan mata.......
Kaum Adam suka membuat anggapan, orang perempuan suka bercuti di tempat yang best untuk shopping. Maka, jika kita pergi ke mana-mana gunung atau laut, selamat pandangan mata orang perempuan, selamat poket Cik Abang...
Kaum Hawa selalu menganggap, orang lelaki suka bercuti di tepi kolam memancing. Bab ini saya tak nak komen..... sebab tak berpengalaman tentangnya. Suami dan saudara lelaki saya terselamat dari aktiviti ini....
Saya berpendapat, untuk bercuti, mungkin baik jika pergi ke pergunungan.... Kenapa? Semua yang pergi ke sana menutup aurat akibat kesejukan. Begitu juga pergi ke negara yang memiliki 4 musim dan pergilah pada waktu musim sejuk. Jika pada waktu bekerja, berjumpa klien dan mengadakan mesyuarat dengan personel yang pelbagai fesyen, kadang- kadang tidak boleh dielakkan dan terpaksa menundukkan pandangan mata agar kurang dosa. Waktu bercuti, kita tidak sepatutnya menghadapi masalah yang sama.
Tempat percutian yang paling hebat adalah di Kotaraya Mekah dan Madinah. Saya belum pernah ke sana. Namun Suami dan Kakak sudah pernah menjejakkan kaki. Komen kakak saya.... itulah Kota Suci yang mana kita mampu menyuci diri dan hati. Tiada makanan haram, tiada yang terbuka aurat. Komunikasi wanita dan lelaki jelas hadnya dan tiada siapa berani 'cross the border'.
Sesiapa yang ke sana adalah Tetamu Allah.... Semoga nama saya dan anda sudah masuk list... Amin...
Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya
9/30/2011 01:10:00 pm |
Category: |
0
comments
Comments (0)