Dalam kesibukan mengunjungi saudara mara atau menerima kunjungan mereka, saya dapati orang kita masih ada sifat sibuk menyibuk. Sibuk menyibuk adalah sifat yang sesuai untuk mereka yang pura-pura sibuk, tapi tak bantu apa-apa. Terutama yang sibuk-sibuk tanya, macam ambil berat tapi tak hairan pun dengan apa-apa yang berlaku.
Saya simpati dengan salah seorang Mak Cik saya yang sudah memang jatuh sakit sekian lama, namun, ada juga antara mereka yang mengunjunginya, sengaja menanyakan soalan yang buat Mak Cik saya sedih. "Anak engkau Si XXXX tu tak balik beraya ke? Memang tak sedar dirilah budak tu!". Ada juga yang bertanya soalan yang hampir serupa pada Mak Cik saya yang seorang lagi, yang salah seorang anaknya belajar di US dan tak balik-balik sampai sekarang dengan pelbagai alasan.
Apa erti soalan itu? Benar-benar tak bermakna. Jika saya lihat ingin mengambil berat, bukan kerappun individu itu mengunjungi Mak Cik saya. Malah memberi aura mendung pada wajah Mak Cik yang nampak ceria pada awalnya. Jika teringin sangat nak mengekalkan sifat tersebut, tanyakan soalan itu pada orang yang lain, yang lebih muda atau masih gagah minda dan perasaan. Jangan sengaja nak membuli orang tua dengan Soalan Tak Bermakna.... fikirkanlah supaya tak berulang.
Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya
9/12/2011 06:58:00 pm |
Category: |
0
comments
Comments (0)