Abang dan kakak ipar saya ada enam orang anak. Kira pengeluar cucu paling produktif dalam senarai anak Mama dan Abah. Dua darinya sudah bersekolah menengah dan yang lain masih belum mencecah sepuluh tahun.
Dalam mendidik anak, mereka mengajar kedua anak remaja mereka tentang satu perkara "berbuat baik kepada ibu bapa, satu langkah ke syurga. Jika sebaliknya, satu langkah ke neraka". Allah izinkan kelancaran dalam usaha mereka mendidik anak yang melangkah remaja dengan adanya tagline ini. Saya sebagai ibu saudara, tumpang gembira. Ia menjadikan Haridz dan Haridzah lebih bertanggungjawab, rajin membantu ibu bapa, menyayangi adik-adik mereka sebaik mungkin. Sekurang-kurangnya itu yang saya nampak di hadapan mata ketika bercuti hari raya yang lepas....
Itu juga yang saya cuba tanamkan dalam diri saya, dalam menjaga hubungan saya dengan Suami, secara logiknya Pintu Syurga itu akan nampak lebih jelas... Insya-Allah
Sekadar catatan 24 Ogos 2011
Buat Suamiku...
Setiap apa yang kutuliskan
Membuatkan aku mengingati betapa pentingnya kejadianmu untukku
Dan sekiranya cinta ini perlu ditukarkan
Tanpa ragu kepada Allah kusebutkan
Ambil sahaja nyawaku
.......
Telah lama dimaafkan dengan sesungguhnya
Terima kasih kerana bersabar pada langkahanku yang terkadang mengundur ke belakang
Dan setiap kali aku memandang ke hadapan, aku dapat melihatmu dengan jelas
Dan di hadapanmu ada Syurga di mana Safiya menanti di sana
Pastinya aku akan pantas berlari mengejarmu
agar kita terus bersama
Maafkan aku, Cinta
......
Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya
9/13/2011 12:09:00 pm |
Category: |
0
comments
Comments (0)