ALHAMDULILLAH... TEAM MALAYSIA setakat tadi yang saya tahu, Malaysia dah dapat 51 pingat Emas.
Paling saya suka saksikan bersama keluarga adalah acara Wusyu.... kami cubalah nak jadi salah seorang pengadil. Walaupun sasaran markah sering lari jauh.
Suami saya pula jadi Pembantu Jurulatih Tak Rasmi (PJTR) kepada Ong Kim Swee, jurulatih bolasepak. Kira oklah... sebab saya pun boleh faham arahan dia. Semoga masa final dia terus bertugas dengan baik dan semoga ALLAH menghadiahkan pingat Emas buat pasukan bolasepak... sebab saya tak nak buat PJTR sedih dan tak boleh tidur. Dah lah tak dapat pergi Jakarta, tak dapat nak join naik barracuda...... Bila team bolasepak dapat emas, saya percaya itu akan menjadi pembakar semangatnya untuk menyumbang tenaga dan buah fikiran buat pasukan Bolasepak Kebangsaan pada masa depan. Saya akan jadi saksi yang setia...
Paling saya tak sanggup nak saksikan acara yang menyakitkan badan seperti tinju, karate-do, silat. Banyak usaha untuk meredakan perasaan oleh mak-mak peserta yang menyaksikan anak mereka kena belasah di kaca TV. Paling syahdu bila saksikan angkat berat wanita.... kasihan... nampak tersiksa. Memang! Tak sanggup!
Paling saya geram..... bila saluran yang saya bayar, tak ada gambar. Pula berlaku masa acara penting yang satu keluarga berkumpul untuk saksikannya bersama... Alasan cuaca macam tak boleh terima sebab penaiktarafan sistem kerap dibuat, malahan bayaran tak boleh lambat. Akhirnya... duduklah ramai-ramai dalam bilik tidur... tengok TV lama melalui saluran RTM 1... memang tak pernah mengecewakan. Saluran Tengok Tak Tengok Kena Bayar pulak tetap macam tu..... Siapa nak jawab?
Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya
11/20/2011 11:40:00 pm |
Category: |
0
comments
Comments (0)