Istiqamah atau Konsistensi????? Saya perlu struggle dalam hal ini.
Sepanjang persekolahan, hanya markah subjek Matematik sahaja yang konsisten. Bila saya diperkenalkan dengan Matematik Tambahan, markahnya juga konsisten kerana saya cintakan nombor sejak saya kecil. ALHAMDULILLAH...
Subjek lain? Ikut mood saya dan ikut cikgu.... saya suka atau tidak. Jika suka.... subjek Kimia yang saya sukar tangkap pun, saya boleh dapat A, kerana pensyarah yang begitu bersungguh-sungguh melayani pertanyaan bodoh saya, walaupun itu hanya paper option di USM dulu. Subjek Fizik pula buat saya kerap hilang mood, walaupun hanya melihat muka depan buku.... kasihan pada Cikgu Fizik saya dari Tingkatan 4 hingga Matrikulasi 1. Lepas tarikh itu, saya lelong buku Fizik saya. Tentu pada adik-adik saya... Kelakarnya, semua adik-adik saya suka subjek Fizik, dua darinya mengambil bidang kejuruteraan... ALHAMDULILLAH, rezeki mereka.
Bagaimana untuk konsisten??? Istiqamah dalam erti kata yang sebenarnya. Pada hari ini saya terfikir untuk merekodkan prestasi konstensi saya dalam beberapa perkara yang saya usahakan. Tentu menarik. Jika saya ada Diari Kerja sejak Tahun 2000, saya juga ada Catatan Pencapaian sejak 17 Oktober yang lalu... Saya akan buat sesuatu tentang sikap ISTIQAMAH saya. Menuju ke usia 40 tahun beberapa tahun lagi... saya tidak mahu jadi buluh keras yang patah bila dilentur...
Dari beberapa rancangan TV, buku yang saya rujuk dan siri perbincangan dengan mereka yang rapat. Saya rancangkan semua yang di bawah:
i) Mengenal pasti semua perkara yang saya ingin Istiqamah....
ii) Mengenal pasti perkara seronok yang akan saya dapat jika saya lakukan perkara (i)
iii) Mengenal pasti perkara tak seronok yang akan saya dapat jika saya tidak lakukan perkara (i)
iv) Mengenal pasti tahap Istiqamah yang saya ingin capai
v) Mengenal pasti kaedah merekod prestasi Istiqamah saya
Tempoh masa.
Yang ini menarik... kena ada tempoh masa sebab Anytime Means No time. Saya dengar di sebuah rancangan TV, jika kita nak perbaiki diri, kita kena buat berturut-turut 40 hari. So, 40 days it will be.
Prinsipnya:
i) Buat kerana ALLAH SWT.
ii) Buat untuk diri sendiri.
iii) Buat perkara kecil dulu.
iii) Buat bermula sekarang.
Projek ini bermula dari 21 Nov - 30 Disember 2011.
Semoga mendapat izin dari ALLAH SWT untuk saya berusaha dan berjaya mencapai sasarannya. Amin
Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya

11/20/2011 01:08:00 pm |
Category: |
0
comments
Comments (0)