Salam Muslimah

Di dalam usaha untuk membuat kebaikan & mencegah kemungkaran, terdapat 4 perkara yang wajar kita teliti.

i) Orang yang Membetulkan Kesalahan
ii) Orang yang Dibetulkan Kesalahan
iii) Kesalahan yang Dilakukan
iv) Pembetulan yang dilakukan

Dalam kehidupan seharian, kita tidak lepas dari melakukan kesilapan atau kesalahan. Samada kepada pencipta kita ALLAH SWT atau kepada sesama hamba ALLAH yang lain. Namun, berpegang pada maksud Ayat Al-Quran dari Surah Al- Asr yang bermaksud "Demi Masa. Sesungguhnya Manusia di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal Soleh. Serta yang berpesan-pesan dengan Kebenaran. Dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran."

Sebagai Muslimah yang sering berhadapan dengan cabaran mengubah diri sendiri, Saya melihat Surah ini memberi motivasi kepada kita untuk memastikan dengan sedaya upaya yang kita mampu menjaga diri dengan sebaik mungkin, mengelak diri dari melanggar  perintah ALLAH dan berusaha untuk memastikan insan di sekitar kita juga sebaik-baiknya bersama kita dalam langkah menuju Syurga.

Dulu, saya pernah marahkan sahabat baik saya, 'Engkaupun tak betul, nak ajar aku'. Kini saya amat berharap sekiranya masa boleh diundur semula, itulah kata-kata yang saya akan pastikan agar tidak disebut oleh lidah ini. Saya percaya ALLAH yang izinkan sahabat ini menasihatkan saya, pada setiap lepas Solat, saya doa minta petunjuk dari ALLAH, kenapa bila ALLAH beri petunjuk, saya marahkan penyampainya pula. Astaghfirullah....

Kini, saya dan sahabat baik menjadi tag team dalam memperbaiki diri kami. Kami berusaha bersama memohon lindung dari ALLAH dari godaan Syaitan yang menyesatkan, yang membuat rasa lelah bertambah lelah hingga ada rasa ingin meninggalkan Solat, yang membuatkan hati rasa ragu dan takut miskin setiap kali ingin bersedekah dan sebagainya. Pada waktu saya rasa lemah, sahabat baik saya akan membawa rasa kuat dengan izin ALLAH dan saya juga sentiasa ingin menjadi orang yang bermanfaat untuk dirinya pada setiap waktu, insyaALLAH.

Untuk kita menyampaikan perkara baik, lebih baik kita sendiri yang berbuat baik terlebih dahulu. Tentu mudah ajakan kita kerana kita jadikan diri sendiri sebagai Living Example. Maka Firman ALLAH SWT dalam Surah Ash-Shaff ayat 2 yang bermaksud "...Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" membuatkan saya lebih takut tergelincir semula.

Namun, jika berlaku? Saya pastikan diri untuk balik ke landasan dengan seberapa segera... Manalah tahu kalau ALLAH cabut nyawa ini, pasti saya rugi selamanya jika saya berada dipengakhiran yang tidak baik. Nauzubillah.....

Melihat kepada anak-anak dikeliling kita, para remaja dan rakan Muallaf, kita tidak boleh lari dari menjadi Living Example....

Jika kita melewatkan Solat, Macamana nak suruh anak Solat cepat?
Jika kita malas ke Masjid, Macamana nak suruh anak ke Masjid?
Paling mudah, jika kita tidak lipat selimut selepas bangun, macamana nak suruh anak kemas tempat tidur selepas bangun tidur?

Ya! ALLAH beratnya tanggungjawab... Ya! Memang berat... kerana balasannya Syurga... selama-lamanya berada di Syurga.

Betul juga... Lihat Logik ini!

Semasa ambil SPM, kita sanggup study 10 jam sehari, pergi tution dan apa jua kelas tambahan sebab nak dapat 9A1.... Ini standard terbaik zaman saya tahun 1990.

Semasa buat Degree, kita sanggup tak tidur beberapa hari untuk dapat A dalam melengkapkan projek final year, al-maklum, paper 6 kredit confirm boleh boost our CGPA lagi....

Masa nak kahwin, kita sanggup tak tidur beberapa malam buat bunga pahar.... biar cantik pelamin...

Masa kerja, sanggup kerja nak rak... biar akhir tahun, bos puas hati dan kita dapat bonus....

So, masa hidup???? Kita hidup 63 tahun? if lebih, bonus untuk buat amal ibadah..... untuk apa? Duduk dalam Syurga selama-lamanya.... Berbaloi... Yang ini saya jamin... 100%.

Maka, apa kata kita duduk dengan Suami & Anak.... buat jadual perancangan "Bagaimana untuk Masuk Syurga Bersama?", InsyaALLAH....ALLAH rahmati kita dan mana tahu dengan Sifat ALLAH yang Maha Pemurah & Mengasihi, kita dapat merasai Syurga sejak di dunia lagi....

Bersamalah kita usahakan yang terbaik untuk ke Syurga Bersama!

Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya

Comments (0)