Selamat Hari Lahir...

Buat Adik yang jauh di mata di benua berbeza...

Selamat Hari Lahir Yang Ke-33. Semoga berjaya dalam usahamu mencari ilmu ALLAH dan pulanglah ke tanah air bila sudah tercapai cita-cita. Didiklah diri, keluarga dan anak bangsa sebaik dan seikhlas mungkin. Sesungguhnya dirimu dicipta ALLAH dengan penuh cerita SEMPURNA sesempurna namamu diberi Abah dan Mama...

Cerita di sebalik kelahiran ini 33 tahun lalu...

Saya sudah mempunyai adik lelaki ketika itu... Dan ketika Adik saya ini dilahirkan.... Apa yang saya luahkan dengan penuh rasa kecewa ... "Lelaki lagi?"... Ah! Menariknya Adik ini, kulitnya, sejak kecil agak gelap, berjiwa kelakar dan telus dalam hubungan keluarga. Kecil dulu, dia sering buat saya ketawa. Kini, orangnya tinggi besar... Pengejar Cita-cita Yang Nyata... sahabat yang setia.

Kenapa saya kata dia seorang Pengejar Cita-cita Yang Nyata?

Semasa kami bersekolah... Mama jatuhkan hukum... Tiada sesiapa anak-anak dibenarkan study di luar negara kecuali telah berkahwin. Adik ini cuba untuk mengubah jalan cerita, dengan berani dia memohon biasiswa keluar negara, lulus peperiksaan dengan cemerlang, namun, gagal hadir interview kerana Abah yang setuju untuk menghantarnya demam teruk. Saya masih terbayang wajah sabarnya yang cuba memendam kecewa... sambil mengurut badan Abah yang memang panas.....

Namun, janji ALLAH tiada seorang hamba yang tahu, atas usahanya dia berjaya tamat ijazah sarjana mudanya, bekerja di dalam industri kejuruteraan beberapa tahun, berkahwin dan kemudian menjadi pendidik di sebuah IPTA.

Ditakdirkan menyambung pengajian di peringkat Sarjana di luar negara & kini PhDnya di negara yang sama dan negara itu tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar... Bila saya tanya kenapa bukan UK atau US? Jawabnya... Alang-alang ke luar negara... Biar Adik ke negara yang terhebat dengan Teknologi Kejuruteraannya. Maka, bersama isteri dan anak-anak, dia menjadi Pengejar Cita-cita Yang Nyata...

Dia adalah contoh, pada pandangan mata saya... doa para ibu memang Power......
  
Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya

Comments (0)