CINTA BUAT ALLAH...
[Andai bisa ku luah rasa buat seorang Sahabat]

Aku sayang padanya...
Sebagai sahabat yang pernah menitip hari-hari menuju dewasa
Mana mungkin kulupa senyumannya, sayangnya, nasihatnya
Dari keikhlasan itu....
ALLAH izinkan Sahabat ini menenangkan aku...
ALLAH izinkan Sahabat ini berkongsi rasa gembira, duka dan nestapa...

Tapi kini...
Aku bimbang... 
Sahabatku dalam kecelaruan
Dia keseorangan dan aku bimbang gagal untuk membantu

Beranilah engkau, Sahabat...
Tunjukkan apa sebenarnya...
Malah aku juga ingin tahu...
Kerana kebenaran itu bisa membebaskanmu
Dari belenggu tanggapan manusia yang kabur
Dari rantaian amarah manusia yang sukar jadi sejuk
Dari rasa kecewa manusia yang jarang jadi debu
Lalu tanggapan, amarah dan kecewa itu bisa membuat perasaanmu, aku dan mereka terjeruk dan terperuk
Menjadi pekasam yang membusuk dan merosak jiwa tiada tara

Jangan takut, Sahabat...
Pohon kekuatan dari ALLAH
Jangan kau aniaya dirimu sendiri
Jangan kau aniaya rakan seagama

Kerana rasa takut yang kau rasa
Mungkin dari Si Iblis
Yang sengaja memerangkapmu dengan adu domba yang memperdaya
Yang sebenarnya kamu tak boleh lari keluar
Melain dengan menghadapinya dan berkata benar

Kerana rasa takut yang kau rasa
Mungkin dari juga dari ALLAH
Yang memberi petunjuk
Untuk kau kembali padaNYA
Dan bertaubatlah untuk mencuci dosa
Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun
Pedulikan dengan kata semua manusia

Hadapilah, Sahabat...
Kerana jika benar atau salah
ALLAH tetap ada bersama kamu
kerana kamu hambaNYA
dan Cinta Buat ALLAH itu yang hakiki
Dan cinta itu yang kita cari
Sebagaimana yang pernah dijanji
Ketika mata bertemu mata
Ketika kita berkongsi ruang masa
Di tempat yang namanya
Gelanggang rezeki dunia..

Aku sayang padamu...
Kerana kau Sahabat seagama ku
Dan apa yang berlaku adalah dugaan
Yang menguji mu
Dan doaku seiringmu
Agar kau berjaya... melepaskan dirimu dari perangkap kekeliruan dunia
Cerita ini juga dugaan buat aku dan mereka
Semoga semua kita berjaya
Menuju Syurga Akhirat yang lebih hakiki sifatnya

Nukilan rasa...
Iza Safiya

Comments (0)