Mama saya adalah guru Agama yang sudah bersara. Untuk mengisi masa lapangnya, beliau mengajar anak-anak jiran mengaji. Saya gembira melihat dia gembira melakukan apa yang dia suka. Walau terkadang rasa agak risau apabila dia mengadu penat akibat jadual yang agak padat. Dia guru yang garang kepada saya, mungkin kerana saya amat nakal dan ligat ketika kecil dulu. Degil pun ada dan sikap itu dibawa sampai dewasa. Tapi sifat keibuan Mama menyebabkan dia amat disayangi. Pelik tapi benar. Garang tapi Disayangi.
Saya akui, ketika kecil, saya amat takut dengan Mama. Belajar mengaji ditemani oleh rotan di tangan kanan. Tapi saya jarang kena. Jika keputusan peperiksaan keluar, jaga-jagalah. Ikut standard Mama bukan standard saya.
Dulu masa cuti sekolah, kami selalu dapat homework. Hafal bacaan solat, Mama dan Abah bawa pergi tengok Sarkas di bandar. Hafal sifir 1 hingga 12 pada usia 9 tahun, dapat satu pek besar yang ada 15 bungkus wafer jenama 'SNAP'. Semua yang kami buat ada reward. Tapi bukan duit.
Jika kami hendakkan something untuk kami beli, kami kena buat kerja. Contohnya, semua adik-beradik kena tolong Abah bersihkan kebun belakang rumah, bakar sampah dan kemas bangsal, kami akan dapat duit sedikit. Cukup untuk beli sebotol kecil Nxxxxxx, yang terlalu kami inginkan. Request kepada Mama untuk membeli sejenis 'jem tapi bukan jem perasa coklat' itu, sebelum ini telah ditolak, Mama kata nanti sakit perut. Kami fikir Mama tak cukup duit. Maka, kami usahakan melalui konspirasi dengan Abah semasa Mama pergi Kursus Cuti Sekolah.
Benar, kami berjaya bersihkan kebun, bakar sampah dan bangsal.
Benar, kami dapat upah dari Abah sebagaimana yang dijanjikan.
Benar, kami beli dan makan jem special itu macam yang kami inginkan.
Benar, kami sakit perut!! Malah Adik saya ..... Ah! Terlampau kritikal kelakarnya untuk ditulis di sini.
Benar, Mama menggeleng kepala bila dapat tahu. Mama hanya berkata, kan Mama dah cakap....
Teringat juga, peristiwa adik saya menyebut perkataan 'BxxI' pada hari pertama balik dari sekolah, sedangkan itu perkataan yang dilarang keras oleh Abah. Dia belajar dari kawannya. Maka, dia banyak tanya kenapa dia tak boleh sebut? Kenapa kawan di sekolah boleh? Kenapa itu? Kenapa ini? Kenapa haram? Akhirnya Mama dan Abah bawa semua anak-anak ke Zoo Melaka untuk tunjukkan rupa hamba Allah itu. Adik saya tak menyebutnya lagi selepas itu. Begitu juga dengan kami yang lain.
Kini Mama saya adalah antara rakan baik saya. Bila berhubung, soalan dia yang pertama, dah solat? Bila dah masuk bulan Rejab & Syaaban, dia akan sibuk tanya, dah puasa ganti. Sebagai, anak tentu malu pada dia kalau jawapannya sentiasa negatif.
Sekarang Mama tengah happy, suami saya menghadiahkan dia Majalah Solusi. Suami saya belikan dari edisi dulu hingga sekarang. Serta dilanggankan sehingga tahun 2012. Maka, apa kerja Mama kini? Membaca dan menghubungi anak-anak untuk diberi Tazkirah, kongsi apa yang dia tahu. Alhamdulillah. Semoga Suami saya turut dapat rahmat Allah di atas pemberian itu.
Tazkirah Mama memang banyak membantu. Dalam tempoh 15 - 30 minit di talian, siap ada sesi soal jawab. Kami juga cuba cungkil hikmah pemberian/ perintah Allah.
Antara topik terkini, Kami tertanya kenapa agaknya Solat Tahajjud adalah antara Solat Sunat yang Allah paling suka? Jawapan kami: Mungkin kerana ianya adalah SOLAT YANG RAHSIA. Rahsia antara hamba yang solat & Allah. Kerana orang lain tidur dan tak tahu. Allah sahaja yang tahu. Lepas bangkit dari tidur, kita tidur semula atau kita mandi? Kemudian, jika kita mandi, lepas mandi kita terus solat atau tidur semula? Kemudian, jika kita solat, masa solat tertidur atau tak? Dan macam-macam lagi persoalan USAHA & KEIKHLASAN. Wallahuaklam.
Semalam Mama & Abah, pergi ke bandar dan secara kebetulan Abah ada urusan berdekatan sekolah menengah Adik saya dahulu. Mama yang hanya tunggu di dalam kereta, nampak sekumpulan pelajar perempuan sekolah itu pergi ke kedai beramai-ramai dan membeli rokok.
Maka, Mama meminta saya menjawab sungguh-sungguh soalan dia: Masa kakak sekolah dulu, ada tak buat perkara yang Mama tak suka? Dalam hati saya kata Alamak! Saya kata ada. Dia tanya apa benda yang saya buat? Tidur dalam kelas, beli 'jajan' di kantin, pakai lip gloss kawan, lipat stoking sampai bawah buku lali....memang 'poyo'lah apa yang saya lakukan tu... Mama kata yang itu dia boleh maafkan. Dia nak yang lebih besar lagi dosanya, ada saya buat tak? tanyanya melebihi Sarjan A Galak di TV. Saya kata tak ada. Tak ponteng sekolah, tak merokok, tak berzina, tak mencuri, tak bohong cikgu, tak ada kawan dengan budak lelaki (zaman saya 'coupling'lah). Di hujung talian, saya dengar dia berkata Alhamdulillah. Bila dia ceritakan pada saya, apa yang dia nampak, saya faham kini.
Saya kata, budak perempuan sekarang tak sama dengan budak perempuan dahulu. Dah berubah...Dan Mama memotong kata-kata saya dengan tegas. Tapi Islam tak berubah, prinsipnya masih sama. Berani saya kata prinsip itu berubah? Saya kata tidak.... Dia Tazkirah lagi lima minit, meminta saya tukar pendapat. Budak perempuan sekarang mesti sama akhlaknya dengan dahulu. Mungkin berubah dari segi tahap pengetahuan dan kebijaksanaan, tapi prinsipnya mesti sama kerana jika kita cakap pasal solat mesti cukup lima waktu, bulan Ramadhan mesti puasa dll. Saya terima teguran dia. Selepas meletakkan telefon, saya berfikir. Kalaulah Mama sudah tiada, selain suami yang berusaha keras membantu saya memperbaiki diri, siapa lagi yang akan bantu? Yang kalau saya salah, berani cakap depan-depan tentang dosa. Yang kalau betul, benar-benar meraikannya tanda syukur.
Saya kata, budak perempuan sekarang tak sama dengan budak perempuan dahulu. Dah berubah...Dan Mama memotong kata-kata saya dengan tegas. Tapi Islam tak berubah, prinsipnya masih sama. Berani saya kata prinsip itu berubah? Saya kata tidak.... Dia Tazkirah lagi lima minit, meminta saya tukar pendapat. Budak perempuan sekarang mesti sama akhlaknya dengan dahulu. Mungkin berubah dari segi tahap pengetahuan dan kebijaksanaan, tapi prinsipnya mesti sama kerana jika kita cakap pasal solat mesti cukup lima waktu, bulan Ramadhan mesti puasa dll. Saya terima teguran dia. Selepas meletakkan telefon, saya berfikir. Kalaulah Mama sudah tiada, selain suami yang berusaha keras membantu saya memperbaiki diri, siapa lagi yang akan bantu? Yang kalau saya salah, berani cakap depan-depan tentang dosa. Yang kalau betul, benar-benar meraikannya tanda syukur.
Sudah terlalu lama saya hidup dalam diskaun yang buta-buta. tidak berhikmah. Patutlah Mama selalu cakap, dia serah saya pada Allah. Allah yang mengizinkan teguran sampai ke telinga saya. Asbabnya Suami dan Mama dan apa-apa juga dikeliling saya. Kerana saya Allah yang punya....
Iza Safiya
Saat Pena Dalam Genggaman...
Iza Safiya
Saat Pena Dalam Genggaman...
7/23/2011 05:49:00 am |
Category: |
0
comments
Comments (0)