Catatan 20110709 :
Saya jadi emosi memikirkan hari ini. Sabtu yang suram. Sejak pertengahan minggu lagi, HQ di kampung telah mengeluarkan arahan, jangan ke mana-mana pada hari ini. Duduk rumah sahaja sepanjang masa kecuali ada hal yang berkaitan dengan nyawa sahaja baru boleh keluar rumah. Saya tersenyum dan katakan pada the COO of all COOs yang arahan itu telah dikeluarkan seminggu awal oleh CEO KL branch.
Suami saya CEO rumahtangga kami. Saya dan Kakak adalah COO, kami share tahta bersama. So, Mama saya di kampung adalah the COO of all COOs lah kan!!!!
Maka, kami sekeluarga memenuhkan masa bersama keluarga di rumah. Menyaksikan anak dan suami bermain game. Browsing Internet melihat koleksi Jubah dan pinggan mangkuk terkini. Ah! jiwa bahagia melihat semua itu. Jika ditakdir, saya mampu mewah, adakah saya akan miliki semua itu. Janji saya pada Allah, sekaya manapun saya nanti, saya hanya mahu senang. Mewah dan membazir bukan impian saya. Cukup pinggan mangkuk yang ada di rumah sekarang. Ops Sorry! Cukup pinggan mangkuk yang ada di rumah sekarang dan yang ingin saya miliki sebagaimana yang tersenarai dalam wish list saya setakat 3/7/2011. Saya akan ikut nasihat Oprah, jika teringin nak tambah set pinggan-mangkuk, saya akan lelong mana-mana yang saya tak nak dan wangnya saya guna untuk beli yang baru. Amacam? saya rasa suami saya yang akan senyum paling lebar.... bukan sebab duit tapi sebab saya dan ikrar saya.
Berkongsi cerita sepanjang sibuk bekerja, sepanjang minggu membuatkan kami merenung masa depan anak-anak. Jika dulu, nenek saya bagi lesung batu pada Mama saya ketika baru kahwin. Mama saya pula bagi pinggan mangkuk pada saya. Saya nak bagi apa pada anak saya? Tak tahu. Bukan soal lesung batu, pinggan mangkuk atau apa barang yang sesuai. Saya kena fikir sesuatu yang bermakna, yang kalau anak saya tengok, ha! itu mummy yang bagi hadiah.....
Boleh tak kalau saya hadiahkan keamanan? Anda ketawa? Saya tak boleh halang! Mungkin sebab keamanan itu tidak pernah dianggap satu pemberian Allah yang berjiwa, maka kita anggap ianya adalah 'benda' yang sudah sedia ada. Tak perlu usaha dan tak perlu pupuk. Tak perlu diserah secara hormat dari satu generasi ke generasi seterusnya. Then, rupanya kita yang sudah hilang jiwa pada pemberian Allah pada kita.
Anak-anak saya, akan saya hadiahkan keamanan supaya mereka menghargainya. Sayang.... jika mereka ada lesung batu atau pinggan mangkuk, tapi tak aman hidup. Maka pada hari ini, anak-anakku, usahakanlah keamanan, ajaklah rakan-rakan hidup dalam aman dan berdoalah untuk mendapat keamanan. Melihat siaran berita dari pelbagai saluran pada sepanjang hari ini, saya jadi malu pada anak-anak..... Keamanannya mana?
Catatan 20110710:
Alhamdulillah .... kami sekeluarga pergi berenang dan pergi bersiar-siar. Belikan kasut anak, sekarang dah pakai saiz 3. Dah separuh saiz kasut saya.
Catatan Penulis:
Terima kasih baby, belanja mummy tengok Pirates of The Carribian, walaupun mummy nampak Abah yang bagi baby duit tu.....:-)
Peratusan Solat dalam Waktu : 88%. Ini tanggungjawab saya dan saya akan pastikan sedaya upaya peratusan menjadi 100%.
Iza Safiya
Bila Pena Di Genggaman...
Iza Safiya
Bila Pena Di Genggaman...
7/15/2011 09:03:00 am |
Category: |
0
comments
Comments (0)