Selera makan tidak boleh dijual beli.

Orang yang ingin berdiet tentu cepat kaya jika selera makan boleh dijual.
Orang yang mudah dan kerap hilang selera tentu jadi papa kedana jika selera makan terpaksa dibeli.
Saya mudah hilang selera makan atas apa jua alasan dan tentu saya akan jadi seorang yang papa kedana. Namun begitu, saya telah menemui beberapa helah untuk memaksa rentak pemakanan sentiasa berjalan lancar. Antaranya:

i) Makan mengikut masa dan jangan skip mana-mana meal kecuali berpuasa. Bersahur adalah wajib.

ii) Makan buah yang ada rasa masam seperti buah oren, limau dll. Makan buah ini dalam tiga - lima minit sebelum makan. Ia akan menyebabkan rasa lapar  dan selera makan akan jadi lebih baik. Pengambilan jus juga boleh memberi kesan yang sama.

iii) Selalulah tonton rancangan memasak, selain memberi idea nak masak apa, ia juga merangsang rasa lapar apabila tengok masakan yang disediakan.

iv) Jangan makan terlampau banyak. Perut yang terlampau kenyang akan menyebabkan kita rasa 'berat' - badan dan hilang tenaga, terkadang menyebabkan tidur yang berlebihan. Rasa 'berat' akan melambatkan rasa lapar, namun tiba-tiba tanpa disedari, rasa lapar datang dengan membuak, angin masuk dalam kepala, dan kita mungkin akan - hilang selera makan atau ingin makan lebih banyak. Kitaran tidur-makan-tidur-makan akan terjadi tanpa disedari. Kita patut berjaga-jaga jika ini berlaku.

v) Sesekali, makan di luar bersama keluarga. Perubahan suasana pasti membantu.

vi) Doa pada Allah, semoga selera mudah datang, rezeki yang kita dapat sentiasa halal dan badan akan jadi sentiasa sihat.

Namun, kadang-kadang biar hilang selera makan dari hilang kasih-sayang Allah. Dr Rabiah ada nasihat di program Tanyalah Ustazah, "Apapun yang Allah beri pada kita, Bersyukur Dulu.... kerana ia tanda Allah ingat pada kita". Semoga kita pun sentiasa ingat pada Allah...

Saat Pena Di Genggaman
Iza Safiya


Comments (0)