Hanif, anak saudara saya bersekolah di Sekolah Rendah Jenis (Cina). Pada pertemuan yang lepas, dia menunjukkan saya jurnal yang ditulisnya. Ini adalah salah satu kerja sekolah yang diarahkan oleh guru Bahasa Malaysia...Namun, Hanif tidak membenarkan saya membacanya...
Namun, dengan kuasa imuniti yang diberikan oleh mereka yang berhak, saya mengambil masa selama 30 minit untuk membacanya. Saya tersenyum membaca 'apa yang ada dalam fikiran Hanif'. Dalam banyak perkara yang boleh ditulis, ada beberapa watak yang begitu menarik perhatiannya dan ditulis berkali-kali dalam jurnalnya... Antaranya, guru Bahasa Malaysia itu sendiri. Saya boleh merasakan bahawa Cikgu Lim adalah antara guru kesayangan Hanif. Begitu juga dengan seorang rakan baiknya berbangsa Cina dan sudah tentu berkenaan adik perempuannya, Farhana.
Saya dapati, melalui jurnal, saya boleh mengenali Hanif dengan lebih baik, menghidu prioriti dalam hidupnya serta apa-apa perkara yang mungkin dirunsingkan olehnya. Selain itu, anak kita juga akan berlatih, menulis dengan baik mengikut frasa yang betul dan ejaan yang tepat.
Hanif yang saya kenal, adalah anak sederhana manja. Jika nak bermain dengan Hanif, pastikan kita pasukan lawan yang adil. Dia boleh menerima kekalahan, tetapi mesti adil.Jika pihak lawan tidak berlaku adil, dia menang atau kalah, dia akan marah. Maksudnya, Hanif yang saya kenal adalah seorang yang mementingkan keadilan... Semoga dia memahami bahawa di dunia ini sukar untuk mencari keadilan yang sebenar.
Hanif yang saya kenal juga amat suka untuk melindungi satu-satu adiknya, Farhana. Bagaimana sibukpun dia bermain atau membuat aktviti bersama abang-abang atau kakaknya, dia tetap mencuri peluang menjengah Ana. Atau dia akan tanya Mamanya... Ma, Ana OK? Ma... Ana OK?
Dari Jurnal pula, kedua karakter di atas memang jelas tertulis walau melalui satu dua ayat. Dia melakukan selari apa yang dia mahu dan tuliskan . Alhamdulillah.
Namun ayat yang tidak mungkin saya lupa:
"Hari ini saya belajar peribahasa. Cikgu Lim mengajar peribahasa Biar bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Namun, saya memilih untuk bersenang-senang dahulu..."
Petikan jurnal Hanif di atas membuat saya tersenyum mengenangkannya. Tersenyum juga mengenangkan bagaimana Kakak Ipar sedaya upaya memahamkan Hanif tentang maksud peribahasa itu. Malah Kakak Ipar terdiam bila Hanif tanya "Kalau boleh senang-senang dahulu dan senang-senang kemudian bukan ke lebih baik?"... Ha ha... betul juga.

Maka, saya mencadangkan kita beri arahan pada anak-anak kita untuk menulis Jurnal mereka dengan penggunaan Bahasa Malaysia yang baik. 1 hari; 1 muka surat.
Kenapa?
1. Nak elakkan Cikgu Matematik/ Geografi/ Sejarah/ Agama Islam dll , kecuali Bahasa Malaysia, terjumpa perkataan yang ditulis secara 'shortform' seperti dalam SMS pada kertas jawapan subjektif. Tiba-tiba hati Cikgu jadi panas.....
2. Menghidu perkara yang perlu dihidu dalam mengawasi pertumbuhan akal dan minda anak yang sedang meningkat dewasa.
Semoga berjaya....
Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya
[Terpandang pada Diari yang disimpan sejak Tahun 2000- Walaupun itu adalah Diari Kerja, setiap muka surat yang dibuka, saya boleh mengimbas kembali apa yang berlaku pada tarikh tertentu...]
10/19/2011 12:02:00 am |
Category: |
0
comments
Comments (0)