Semua orang mahukan cinta yang Indah. Dan setelah masa berlalu, kita inginkan cinta yang semakin indah. Berjauhan dari orang yang kita sayang membuatkan kita rasa seperti separuh jiwa dibawa pergi. Malahan, terkadang kita merasakan ingin melayang untuk berada di sisinya. Dan pada saat kejauhan itu, setiap perkara kecil atau besar akan menyebabkan kita teringatkan detik waktu bersama.

Jika, orang lama kata, tak dapat jumpa, dapat pandang bumbung pun jadilah... setiap hari yang kita lalui, setiap benda yang kita nampak, setiap perkataan yang kita sebut, semuanya akan terhubung padanya.

Saya percaya, ramai isteri yang merasai seperti saya. Berada di dalam ISTANA CINTA membuatkan kita memandang seluruh isi rumah dengan cerita cinta. ALHAMDULILLAH.

Pandang TV, saya masih ingat bagaimana Suami datang ke Carrefour berkali-kali kerana amat sangat berkenan dengan TV seperti itu. Ironinya kami berbeza, saya mudah jatuh cinta dengan pandang pertama, ALHAMDULILLAH! Suami seorang sahaja, dalam hal ini untuk barang-barang seperti perabot, peralatan atau perkakasan. Suami pula, jenis yang suka membelek berulang-ulang, tengok sebelah kiri, tengok sebelah kanan dan baca semua pamplet yang ada. Saya pula akan setia di sebelahnya, memerhatikan lebih kepada gelagatnya yang 'cute' dalam melakukan apa yang amat disukainya. Dan kami membawa pulang bukan setakat produk namun dengan pamplet-pampletnya sekali.

Saya mudah suka pada fungsi kecil pada barangan manakala suami mudah suka pada performance.... Maka, setiap kali berjauhan, apa sahaja yang berada di rumah ini adalah sesuatu yang menyebabkan saya lebih menghargai cinta yang ALLAH beri pinjam ini.

Sahabat Muslimah,

Cuba lakukan ini...kita cuba membayangkan sekiranya apa yang ada di dalam istana ini HILANG, NA'ZUBILLAH... kerana kita tidak mahu terleka dengan apa yang sudah sedia ada sedangkan ini semua hanya bersifat sementara pinjaman dari NYA. Ya! TV LG Scarlett berwarna merah yang mempunyai suis on dan off yang sangat unik adalah pinjaman dari ALLAH semata-mata.

Bayangkan.... Tiada lagi peti sejuk yang terlekat padanya pelbagai gambar bersama, dengan fridge magnet yang Suami beli setiap kali ke luar negara...Tiada sofa... Tiada anak.... Tiada Istana, Tiada Suami dan hanya kita. Kita sahaja tanpa apa-apa.... Siapakah kita tanpa Cinta?.... Tiada siapa dan tiada apa yang memberi makna kepada kita jika kita tiada Cinta. Kerana CINTA adalah antara pemberian utama ALLAH kepada kita selepas badan dan nyawa diberi pinjam pada kita.

Cintailah apa yang kita ada kerana ALLAH... kerana ALLAH yang beri pinjam pada kita semua apa yang kita ada. dan cinta itu lebih indah setelah kita mengalami pelbagai cabaran. semakin besar cabarannya, makin tinggi nilai cinta itu.... Sayangnya, kerap kita hanya terasa bila kita berjauhan...

Kita mungkin tidak dapat menterjemahkan CINTA kita sebaik Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim AS yang berlari antara Safa dan Marwa untuk mencari air bagi Nabi Ismail AS, atau CINTA Siti Khadijah yang sanggup berkorban apa sahaja buat Nabi Muhammad SAW, atau sekurang-kurangnya seperti Shah Jehan yang sanggup membina Taj Mahal buat Mumtaznya.


Maka, lakukan apa sahaja yang memberi makna bagi kita dan penerima CINTA kita agar CINTA itu bermanfaat untuk menjadikan kita hamba ALLAH SWT dan ummat Muhammad SAW yang bernilai. Lakikannya dengan sebaik mungkin, dan serahkan kepada ALLAH untuk menilainya kerana penilaian ALLAH adalah yang paling adil dan saksama.


Bila ALLAH beri cinta... sambutlah ia. True love knock once at your door... and it will never knock twice..... kata kawan saya semasa di USM berbelas tahun yang lalu... dan saya menambah... Once we open the door, we know it straight away that true love is for us or not... Wallahuaklam...

Semoga perpisahan sementara kita dengan yang tersayang sentiasa dalam lindungan dan rahmat ALLAH, dan CINTA yang ALLAH pinjamkan akan lebih indah dalam pertemuan yang seterusnya... Amin.

Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya

[Buat Para Suami yang terkadang terpaksa berjauhan atas tuntutan tugas, pengorbanan kalian amat kami, para isteri, hargai dan kami sentiasa setia menanti mu di balik pintu Istana CINTA yang ALLAH pinjamkan pada kita.]

Comments (0)