Buka sahaja saluran apa, pasti ada cerita hantu. Kalau dulu, nenek cakap, "Malam-malam, jangan main kat luar, nanti hantu $%^&* sorok adik, nenek tak tau...". Maka, semua cucu duduk diam, kalau bernafas tak perlu, memang kami semua tak bernafas ketakutan.
Tapi, itu cerita dulu. Sekarang, bila ada cerita hantu terutama versi lawak, majoriti seisi rumah akan pilih saluran yang itu. Saya pernah cakap pada Suami, anak-anak Malaysia mengundur ke belakang sebab asyik tengok cerita hantu. Suami cakap, jangan bimbang. Seluruh dunia kena sindrom cerita hantu.
Maka, sudah tiba masanya, bukan hantu yang kita suruh anak kita takut. Tapi Allah, dengan jelas dan terang, pada usia seawal mungkin dan bukan tunggu tulang dah mula memanjang.
Terkadang, kita tersilap, bila mendidik anak, kita anggap ada sesetengah perkara - faham-faham sendiri, tau-tau sendiri. Sudah tiba masanya, kita mendidik anak dengan lebih jelas dan terang tentang do(s) dan don't(s) terutama tentang agama, tentang tanggungjawab dan tentang budi bahasa.
Contohnya,
Ada seorang anak kecil berusia satu hingga 2 tahun, yang sudah pandai tunjuk beberapa perangai, memukul kepala orang, menggigit dan meludah mungkin. Kita sebagai orang tua hanya melihat dan mengatakan "Tak apa, masih budak". Nanti dah besar tahulah.... Nanti dah besar fahamlah.....
Tunggu hingga berusia 3 tahun, kemudian empat, kemudian lima... dan seterusnya. Silap-silap, individu yang kata "Tak apa, masih budak" tadi akan kata kita tak pandai jaga anak, biar anak mua dan sebagainya. Sedangkan pada waktu kita sedang mendidik, golongan ini yang menimbulkan ruang keliru....
Ramai yang kata, Ah! anak dia, bukan anak aku.... atau Alah.... itukan cucu... mak bapa dia ada naki mengajarnya.... Maka, kita akan tergolong dari orang yang gila popular dan menyusahkan saudara seislam. Maksud saya, jika satu-satu perkara itu salah, kita yang dewasa mesti mengatakan ianya salah dan berdosa dilakukan. Jika tidak, anak cucu keturunan Adam yang beragama Islam, akan keliru. Adat manusia yang keliru atau suka memilih jalan mudah, akan menjadi selektif terhadap apa jua yang dilihat memberi kelebihan kepada mereka dan bukannya berasaskan kebenaran.
Contoh,
Mia, sekadar contoh, berusia 4 tahun, suka menconteng dinding. Mama sudah tegur dan marah. Datang pula Mak Su kata, "Oh tak pe.... nanti Mak Su bersihkan....". Ini salah !
Mak Su patut kata "Ya lah... dah tak cantik dinding bilik rumah Mak Su.... kita bersihkan sama-sama yea....".
Kemudian... semasa membersihkan dinding sama-sama, Mak Su akan kata "Oh... Mia tak tahu yea tadi. Mia suka melukis yea... Mak Su baru tau... Nanti Mak Su belikan buku lukisannya... Mak Su dah maafkan yea".
Mia akan faham, menconteng dinding adalah salah. Bila dah buat salah, kena baiki keadaan dalam hal ini - bersihkan semula. Mia juga akan merasa kembali selesa bila dia tahu, dia sudah dimaafkan, tiada orang yang marah dan sudah ada alternatifnya, bila nak melukis, lukis dalam buku lukisan.... Semua sumber adalah seiring, Mama dan Mak Su seia sekata dalam hal ini.
Apakah yang Mia akan fikir jika Mak Su teruskan dengan sikap TAK PE!
i) Mia akan keliru
ii) Mama asyik suka marah... Mak Su baik...
iii) Conteng dinding salah ke? Ya dan Tak.... Ya untuk Mama dan Tak untuk Mak Su
iv) Saya budak kecil..... Tak perlu dan tak boleh kena marah
v) Apa yang saya buat.... semua betul dll
Jika bukan Mak Su sahaja yang ada sikap Tak Pe... Datuk, Nenek, Pak Long, Mak Long... dan lain-lain lagi juga begitu.... Tentu sukar Mama Mia nak didik Mia kan! Dan keliru Mia akan menjadi-jadi ..... dan kita biarkan Mia tau-tau atau faham-faham... yang kita tak pasti apa yang Mia tahu atau apa yang Mia faham....
Kita kira sekarang.... jika seminggu ada 4 perkara yang orang dewasa buat Mia keliru, sehingga Mia berusia 7 tahun Mia akan keliru sebanyak 624 perkara dan jika 50% darinya penting untuk perkembangan kedewasaan Mia dan kekeliruan itu gagal di 'tegakluruskan', maka, Mia akan membawa 312 kekeliruan dalam kehidupannya...... Kasihan Mia dan dari tindakan kita yang harapkan Tau-tau dan faham-faham tadi, kita akan menghakimi Mia, jika dia menjadi wanita yang solehah, kita tumpang gembira, jika sebaliknya, nasiblah Mia.... awak yang tak reti jaga diri....
Semoga Allah permudahkan kita memainkan peranan sebagai Abah-abah dan Mama-Mama kepada Ummat Muhammad SAW.
Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya
10/01/2011 03:41:00 pm |
Category: |
0
comments
Comments (0)