Hari ini adik ipar saya yang bongsu, menjalani pembedahan yang penting untuk kesihatannya. Saya mendapat berita bahawa adik saya dan anak mereka, Imran juga demam pada waktu yang sama.
Semoga ALLAH mempermudahkan kalian menghadapi cabaran ini dan setiap kesakitan yang dirasai, InsyaALLAH, dosa-dosa kecil kalian akan ALLAH hapuskan. Sabar yea...
Dan Jumaat, 7 & 8 Oktober, saya datang untuk melawat dan membantu adik-adik saya di rumah mereka. Pada waktu itu, Imran, si pemalu sudah kembali ceria. Alhamdulillah...
Pada waktu 'entry' ini ditulis, adik ipar bongsu saya sudah semakin sihat, malah MC selama sebulan yang diberi doktor, digunakan sepenuhnya untuk kembali pulih.
Semoga semuanya dipermudahkan ALLAH. Amin...
Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya
[Terima kasih, Suami di atas keizinan membenarkan saya melawati adik-adik kita. Semoga ALLAH merahmatimu biarpun kau jauh di mata.... Selamat kembali ke Malaysia]
10/18/2011 11:32:00 pm |
Category: |
0
comments
Comments (0)