Semua orang mahukan cinta yang Indah. Dan setelah masa berlalu, kita inginkan cinta yang semakin indah. Berjauhan dari orang yang kita sayang membuatkan kita rasa seperti separuh jiwa dibawa pergi. Malahan, terkadang kita merasakan ingin melayang untuk berada di sisinya. Dan pada saat kejauhan itu, setiap perkara kecil atau besar akan menyebabkan kita teringatkan detik waktu bersama.

Jika, orang lama kata, tak dapat jumpa, dapat pandang bumbung pun jadilah... setiap hari yang kita lalui, setiap benda yang kita nampak, setiap perkataan yang kita sebut, semuanya akan terhubung padanya.

Saya percaya, ramai isteri yang merasai seperti saya. Berada di dalam ISTANA CINTA membuatkan kita memandang seluruh isi rumah dengan cerita cinta. ALHAMDULILLAH.

Pandang TV, saya masih ingat bagaimana Suami datang ke Carrefour berkali-kali kerana amat sangat berkenan dengan TV seperti itu. Ironinya kami berbeza, saya mudah jatuh cinta dengan pandang pertama, ALHAMDULILLAH! Suami seorang sahaja, dalam hal ini untuk barang-barang seperti perabot, peralatan atau perkakasan. Suami pula, jenis yang suka membelek berulang-ulang, tengok sebelah kiri, tengok sebelah kanan dan baca semua pamplet yang ada. Saya pula akan setia di sebelahnya, memerhatikan lebih kepada gelagatnya yang 'cute' dalam melakukan apa yang amat disukainya. Dan kami membawa pulang bukan setakat produk namun dengan pamplet-pampletnya sekali.

Saya mudah suka pada fungsi kecil pada barangan manakala suami mudah suka pada performance.... Maka, setiap kali berjauhan, apa sahaja yang berada di rumah ini adalah sesuatu yang menyebabkan saya lebih menghargai cinta yang ALLAH beri pinjam ini.

Sahabat Muslimah,

Cuba lakukan ini...kita cuba membayangkan sekiranya apa yang ada di dalam istana ini HILANG, NA'ZUBILLAH... kerana kita tidak mahu terleka dengan apa yang sudah sedia ada sedangkan ini semua hanya bersifat sementara pinjaman dari NYA. Ya! TV LG Scarlett berwarna merah yang mempunyai suis on dan off yang sangat unik adalah pinjaman dari ALLAH semata-mata.

Bayangkan.... Tiada lagi peti sejuk yang terlekat padanya pelbagai gambar bersama, dengan fridge magnet yang Suami beli setiap kali ke luar negara...Tiada sofa... Tiada anak.... Tiada Istana, Tiada Suami dan hanya kita. Kita sahaja tanpa apa-apa.... Siapakah kita tanpa Cinta?.... Tiada siapa dan tiada apa yang memberi makna kepada kita jika kita tiada Cinta. Kerana CINTA adalah antara pemberian utama ALLAH kepada kita selepas badan dan nyawa diberi pinjam pada kita.

Cintailah apa yang kita ada kerana ALLAH... kerana ALLAH yang beri pinjam pada kita semua apa yang kita ada. dan cinta itu lebih indah setelah kita mengalami pelbagai cabaran. semakin besar cabarannya, makin tinggi nilai cinta itu.... Sayangnya, kerap kita hanya terasa bila kita berjauhan...

Kita mungkin tidak dapat menterjemahkan CINTA kita sebaik Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim AS yang berlari antara Safa dan Marwa untuk mencari air bagi Nabi Ismail AS, atau CINTA Siti Khadijah yang sanggup berkorban apa sahaja buat Nabi Muhammad SAW, atau sekurang-kurangnya seperti Shah Jehan yang sanggup membina Taj Mahal buat Mumtaznya.


Maka, lakukan apa sahaja yang memberi makna bagi kita dan penerima CINTA kita agar CINTA itu bermanfaat untuk menjadikan kita hamba ALLAH SWT dan ummat Muhammad SAW yang bernilai. Lakikannya dengan sebaik mungkin, dan serahkan kepada ALLAH untuk menilainya kerana penilaian ALLAH adalah yang paling adil dan saksama.


Bila ALLAH beri cinta... sambutlah ia. True love knock once at your door... and it will never knock twice..... kata kawan saya semasa di USM berbelas tahun yang lalu... dan saya menambah... Once we open the door, we know it straight away that true love is for us or not... Wallahuaklam...

Semoga perpisahan sementara kita dengan yang tersayang sentiasa dalam lindungan dan rahmat ALLAH, dan CINTA yang ALLAH pinjamkan akan lebih indah dalam pertemuan yang seterusnya... Amin.

Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya

[Buat Para Suami yang terkadang terpaksa berjauhan atas tuntutan tugas, pengorbanan kalian amat kami, para isteri, hargai dan kami sentiasa setia menanti mu di balik pintu Istana CINTA yang ALLAH pinjamkan pada kita.]
Jika nak uji siapa yang paling disiplin, ujian sebenar adalah pada SURI RUMAHTANGGA...

Kenapa? Boss saya selalu kata "Anytime means Notime".

Jika anda bekerja, anda akan bangun awal pagi untuk ke pejabat, kalau lambat punch card merah, kena marah dengan boss... Mesyuarat jam 9.30 pagi mesti sampai 9.25 pagi, kalau tak malu dengan boss... atau dengan staf lain...

Orang yang bekerja akan selalu kata, "Dia tak apa lah.... Dia suri rumah... tak kerja".

Kita SILAP BESAR.....

Suri rumahtangga yang berjaya menyediakan makanan pagi, tengahari, petang dan malam setiap masa tanpa gagal, mencuci baju, melipat dan menggosok baju, mengemas rumah dan menjaga kecantikan laman rumah. Belum lagi yang ada business kecil-kecilan "home-business"... dan kita kata dia tak kerja? Memang tak patut.....

Malah suri rumah tangga ada banyak alasan untuk tak kisah jika makanan tidak berhidang seperti sepatutnya, siapa yang nak marah?

Suami? Suami cintakan Surirumah.... Takkan nak marah kot!
Anak? Surirumah tu kan mak depa... Berdosa marah Mak tau!! Syurga di bawah tapak kaki Mak. Jangan lupa.....

Habis tu siapa?..... Ha.... Jawapannya tiada siapa....

Inilah yang kita selalu lupa tentang Surirumah... Mereka lakukannya betul-betul kerana kasih-sayang yang tiada batasan dan alasan. Dan perkara tersebut dibuat berulang-ulang dengan penuh disiplin. Ujian Tahap Disiplin Tanpa Kompromi!!!...Dan mereka LULUS!

Keikhlasan? Itu antara mereka dengan ALLAH....

Bangun pagi... mereka bangun untuk siapkan anak dan suami ke sekolah dan pergi kerja dengan rasa semangat dan gembira....

Kemas rumah yang mungkin ada - 4 buah bilik, sebuah ruang tamu, sebuah bilik Solat, sebuah ruang rehat, sebuah dapur, 3 buah bilik air, 3 buah katil, 4 buah almari baju, 3 buah almari buku, 3 buah almari perhiasan, dua balkoni, 30 buah pasu bunga - sekadar menyebut beban kerja yang mungkin ada...

Membasuh, melipat & menggosok baju - purata 8 buah kemeja/ t-shirt, 2 helai seluar, 4 pasang pijama tidur, sehelai tuala, sehelai selimut/ cadar, sehelai kain pelikat / batik.....

Ambil dan hantar anak ke sekolah, tuition dan kelas mengaji...

Menyediakan hidangan Tengahari, Minum Petang & Malam....

Dalam sibuk mengejar segala, perintah ALLAH tak pernah lupa... solat on-time.

Sayangnya... kita sering terlepas pandang pengorbanan Surirumah. Saya pun pernah melakukannya pada Mama saya ketika Mama sudah pencen dan saya masih tinggal di rumah bersama Mama dan Abah...

Malah, saya sering mendengar Mama pesan "Baik-baik.... Pi sekolah baik-baik...Mama sayang kamu...".

Saya pun jawab "InsyaALLAH....". Sering saya membayangkan Mama akan selamat di rumah dan saya yang berhadapan dengan kemerbahayaan kerana berada di luar rumah.... Sedangkan, jika ALLAH ingin sesuatu berlaku, ianya tidak kira di mana... bukan setakat di jalan raya, mungkin juga di rumah kita yang sangat selesa itu...MasyaALLAH...

Mak mertua saya seorang Surirumah.... Fantastic... kerana melaluinyalah saya boleh belajar erti Disiplin sebenar-benarnya....

Saat Pena Di Genggaman
Iza Safiya...
Pernah tak dengar kata bijak pandai.... KEGAGALAN ADALAH KEJAYAAN YANG TERTUNDA... tentu pernahkan? Mungkin 90% dari kita pernah dengar...

Namun, pernah dengar tak KEJAYAAN ADALAH KEGAGALAN YANG TERTUNDA... Saya fikir 90% dari kita tak pernah dengar...

Frasa yang pertama, kegagalan adalah kejayaan yang tertunda, adalah satu frasa memujuk buat mereka yang pernah gagal... Ini membuatkan si pendengar merasakan peluang dan harapan masih ada dan jika kita benar-benar berusaha mencari kunci kejayaannya, dengan izin ALLAH,  kita akan berjaya.

Frasa yang kedua, kejayaan adalah kegagalan yang tertunda, adalah satu frasa peringatan buat mereka yang sudah berjaya namun, dengan sengaja atau tidak serta dengan izin ALLAH, mereka sudah tidak layak untuk terus berjaya.

Ngeri saya bila memikirkan frasa yang kedua, lebih dari yang pertama. Nauzubillah untuk itu berlaku pada mana-mana orang Islam pun.

Marilah kita bersama-sama memastikan agar kita terus  diizinkan untuk berusaha agar layak untuk berjaya serta terus layak untuk mengekalkannya. Ianya tak mungkin boleh dibuat berseorangan, namun, kita boleh berusaha bersama-sama di dalam satu keluarga....

Semoga Anda dan Saya akan berjaya... Amin..

Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya 


Hanif, anak saudara saya bersekolah di Sekolah Rendah Jenis (Cina). Pada pertemuan yang lepas, dia menunjukkan saya jurnal yang ditulisnya. Ini adalah salah satu kerja sekolah yang diarahkan oleh guru Bahasa Malaysia...Namun, Hanif tidak membenarkan saya membacanya...

Namun, dengan kuasa imuniti yang diberikan oleh mereka yang berhak, saya mengambil masa selama 30 minit untuk membacanya. Saya tersenyum membaca 'apa yang ada dalam fikiran Hanif'. Dalam banyak perkara yang boleh ditulis, ada beberapa watak yang begitu menarik perhatiannya dan ditulis berkali-kali dalam jurnalnya... Antaranya, guru Bahasa Malaysia itu sendiri. Saya boleh merasakan bahawa Cikgu Lim adalah antara guru kesayangan Hanif. Begitu juga dengan seorang rakan baiknya berbangsa Cina dan sudah tentu berkenaan adik perempuannya, Farhana. 

Saya dapati, melalui jurnal, saya boleh mengenali Hanif dengan lebih baik, menghidu prioriti dalam hidupnya serta apa-apa perkara yang mungkin dirunsingkan olehnya. Selain itu, anak kita juga akan berlatih, menulis dengan baik mengikut frasa yang betul dan ejaan yang tepat.

Hanif yang saya kenal, adalah anak sederhana manja. Jika nak bermain dengan Hanif, pastikan kita pasukan lawan yang adil. Dia boleh menerima kekalahan, tetapi mesti adil.Jika pihak lawan tidak berlaku adil, dia menang atau kalah, dia akan marah. Maksudnya, Hanif yang saya kenal adalah seorang yang mementingkan keadilan... Semoga dia memahami bahawa di dunia ini sukar untuk mencari keadilan yang sebenar.

Hanif yang saya kenal juga amat suka untuk melindungi satu-satu adiknya, Farhana. Bagaimana sibukpun dia bermain atau membuat aktviti bersama abang-abang atau kakaknya, dia tetap mencuri peluang menjengah Ana. Atau dia akan tanya Mamanya... Ma, Ana OK? Ma... Ana OK?

Dari Jurnal pula, kedua karakter di atas memang jelas tertulis walau melalui satu dua ayat. Dia melakukan selari apa yang dia mahu dan tuliskan . Alhamdulillah.

Namun ayat yang tidak mungkin saya lupa:

"Hari ini saya belajar peribahasa. Cikgu Lim mengajar peribahasa Biar bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Namun, saya memilih untuk bersenang-senang dahulu..."

Petikan jurnal Hanif di atas membuat saya tersenyum mengenangkannya. Tersenyum juga mengenangkan bagaimana Kakak Ipar sedaya upaya memahamkan Hanif tentang maksud peribahasa itu. Malah Kakak Ipar terdiam bila Hanif tanya "Kalau boleh senang-senang dahulu dan senang-senang kemudian bukan ke lebih baik?"... Ha ha... betul juga.

Maka, saya mencadangkan kita beri arahan pada anak-anak kita untuk menulis Jurnal mereka dengan penggunaan Bahasa Malaysia yang baik. 1 hari; 1 muka surat.

Kenapa?
1. Nak elakkan Cikgu Matematik/ Geografi/ Sejarah/ Agama Islam dll , kecuali Bahasa Malaysia, terjumpa perkataan yang ditulis secara 'shortform' seperti dalam SMS pada kertas jawapan subjektif. Tiba-tiba hati Cikgu jadi panas.....

2. Menghidu perkara yang perlu dihidu dalam mengawasi pertumbuhan akal dan minda anak yang sedang meningkat dewasa.

Semoga berjaya....

Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya   

[Terpandang pada Diari yang disimpan sejak Tahun 2000- Walaupun itu adalah Diari Kerja, setiap muka surat yang dibuka, saya boleh mengimbas kembali apa yang berlaku pada tarikh tertentu...]
Entah macamana, saya gagal untuk tidur mengikut waktu minggu ini. Saya jadi resah. Puas saya lakukan apa yang dinasihatkan oleh orang keliling. Memang tiada lena. Apa yang ingin ALLAH mahu saya nampak? Saya tak pasti pada waktu itu. Saya tidur hanya sebentar pada jam 9.00 - 12.00 malam. Selepas itu, mata saya segar bugar, namun badan terasa letih yang tidak terhingga. Jika tidak tidur semalaman, tidak mengapa... namun jika terhutang tidur bertokok tambah, saya tak pasti adakah itu baik untuk saya...

Akhirnya, saya gunakan masa tersebut dengan sebaiknya. Dari jam 12.00 - 4.30 pagi saya menulis, bukan untuk blog ini tetapi sesuatu yang saya sedang usahakan. Alhamdulillah, kini sudah siap hingga ke Bab 20. Saya jangkakan ia akan tamat sedikit masa lagi, InsyaALLAH. Mungkin akhir, November 2011, saya boleh menulis sesuatu berkenaannya di sini. Ianya masih lagi rahsia. Suami saya sahaja yang tahu...

Namun, jika masalah ini berulang, saya mungkin menjadi seorang yang papa kedana kerana terpaksa membeli 'lena' dari sesiapa yang sidi menjualnya.

Adakah saya mempergunakan Tidur Yang Hilang itu dengan perkara bermanfaat? Jawab saya, Wallahuaklam... saya tak pasti adakah itu yang terbaik di mata ALLAH... yang saya pasti , itu yang terbaik di mata saya... semoga begitu juga pada pandangan NYA...

Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya
Hari ini adik ipar saya yang bongsu, menjalani pembedahan yang penting untuk kesihatannya. Saya mendapat berita bahawa adik saya dan anak mereka, Imran juga demam pada waktu yang sama.

Semoga ALLAH mempermudahkan kalian menghadapi cabaran ini dan setiap kesakitan yang dirasai, InsyaALLAH, dosa-dosa kecil kalian akan ALLAH hapuskan. Sabar yea...

Dan Jumaat, 7 & 8 Oktober, saya datang untuk melawat dan membantu adik-adik saya di rumah mereka. Pada waktu itu, Imran, si pemalu sudah kembali ceria. Alhamdulillah...

Pada waktu 'entry' ini ditulis, adik ipar bongsu saya sudah semakin sihat, malah MC selama sebulan yang diberi doktor, digunakan sepenuhnya untuk kembali pulih.

Semoga semuanya dipermudahkan ALLAH. Amin...

Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya

[Terima kasih, Suami di atas keizinan membenarkan saya melawati adik-adik kita. Semoga ALLAH merahmatimu biarpun kau jauh di mata.... Selamat kembali ke Malaysia]    


Buka sahaja saluran apa, pasti ada cerita hantu. Kalau dulu, nenek cakap, "Malam-malam, jangan main kat luar, nanti hantu $%^&* sorok adik, nenek tak tau...". Maka, semua cucu duduk diam, kalau bernafas tak perlu, memang kami semua tak bernafas ketakutan.

Tapi, itu cerita dulu. Sekarang, bila ada cerita hantu terutama versi lawak, majoriti seisi rumah akan pilih saluran yang itu. Saya pernah cakap pada Suami, anak-anak Malaysia mengundur ke belakang sebab asyik tengok cerita hantu. Suami cakap, jangan bimbang. Seluruh dunia kena sindrom cerita hantu.

Maka, sudah tiba masanya, bukan hantu yang kita suruh anak kita takut. Tapi Allah, dengan jelas dan terang, pada usia seawal mungkin dan bukan tunggu tulang dah mula memanjang.

Terkadang, kita tersilap, bila mendidik anak, kita anggap ada sesetengah perkara - faham-faham sendiri, tau-tau sendiri. Sudah tiba masanya, kita mendidik anak dengan lebih jelas dan terang tentang do(s) dan don't(s) terutama tentang agama, tentang tanggungjawab dan tentang budi bahasa.

Contohnya,

Ada seorang anak kecil berusia satu hingga 2 tahun, yang sudah pandai tunjuk beberapa perangai, memukul kepala orang, menggigit dan meludah mungkin. Kita sebagai orang tua hanya melihat dan mengatakan "Tak apa, masih budak". Nanti dah besar tahulah.... Nanti dah besar fahamlah.....

Tunggu hingga berusia 3 tahun, kemudian empat, kemudian lima... dan seterusnya. Silap-silap, individu yang kata "Tak apa, masih budak" tadi akan kata kita tak pandai jaga anak, biar anak mua dan sebagainya. Sedangkan pada waktu kita sedang mendidik, golongan ini yang menimbulkan ruang keliru....

Ramai yang kata, Ah! anak dia, bukan anak aku.... atau Alah.... itukan cucu... mak bapa dia ada naki mengajarnya.... Maka, kita akan tergolong dari orang yang gila popular dan menyusahkan saudara seislam. Maksud saya, jika satu-satu perkara itu salah, kita yang dewasa mesti mengatakan ianya salah dan berdosa dilakukan. Jika tidak, anak cucu keturunan Adam yang beragama Islam, akan keliru. Adat manusia yang keliru atau suka memilih jalan mudah, akan menjadi selektif terhadap apa jua yang dilihat memberi kelebihan kepada mereka dan bukannya berasaskan kebenaran.

Contoh,

Mia, sekadar contoh, berusia 4 tahun, suka menconteng dinding. Mama sudah tegur dan marah. Datang pula Mak Su kata, "Oh tak pe.... nanti Mak Su bersihkan....". Ini salah !

Mak Su patut kata "Ya lah... dah tak cantik dinding bilik rumah Mak Su.... kita bersihkan sama-sama yea....".

Kemudian... semasa membersihkan dinding sama-sama, Mak Su akan kata "Oh... Mia tak tahu yea tadi. Mia suka melukis yea... Mak Su baru tau... Nanti Mak Su belikan buku lukisannya... Mak Su dah maafkan yea".

Mia akan faham, menconteng dinding adalah salah. Bila dah buat salah, kena baiki keadaan dalam hal ini - bersihkan semula. Mia juga akan merasa kembali selesa bila dia tahu, dia sudah dimaafkan, tiada orang yang marah dan sudah ada alternatifnya, bila nak melukis, lukis dalam buku lukisan.... Semua sumber adalah seiring, Mama dan Mak Su seia sekata dalam hal ini.

Apakah yang Mia akan fikir jika Mak Su teruskan dengan sikap TAK PE!

i) Mia akan keliru

ii) Mama asyik suka marah... Mak Su baik...

iii) Conteng dinding salah ke? Ya dan Tak.... Ya untuk Mama dan Tak untuk Mak Su

iv) Saya budak kecil..... Tak perlu dan tak boleh kena marah

v) Apa yang saya buat.... semua betul dll

Jika bukan Mak Su sahaja yang ada sikap Tak Pe... Datuk, Nenek, Pak Long, Mak Long... dan lain-lain lagi juga begitu.... Tentu sukar Mama Mia nak didik Mia kan! Dan keliru Mia akan menjadi-jadi ..... dan kita biarkan Mia tau-tau atau faham-faham... yang kita tak pasti apa yang Mia tahu atau apa yang Mia faham....

Kita kira sekarang.... jika seminggu ada 4 perkara yang orang dewasa buat Mia keliru, sehingga Mia berusia 7 tahun Mia akan keliru sebanyak 624 perkara dan jika 50% darinya penting untuk perkembangan kedewasaan Mia dan kekeliruan itu gagal di 'tegakluruskan', maka, Mia akan membawa 312 kekeliruan dalam kehidupannya...... Kasihan Mia dan dari tindakan kita yang harapkan Tau-tau dan faham-faham tadi, kita akan menghakimi Mia, jika dia menjadi wanita yang solehah, kita tumpang gembira, jika sebaliknya, nasiblah Mia.... awak yang tak reti jaga diri....

Semoga Allah permudahkan kita memainkan peranan sebagai Abah-abah dan Mama-Mama kepada Ummat Muhammad SAW.

Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya
 
Selera makan tidak boleh dijual beli.

Orang yang ingin berdiet tentu cepat kaya jika selera makan boleh dijual.
Orang yang mudah dan kerap hilang selera tentu jadi papa kedana jika selera makan terpaksa dibeli.
Saya mudah hilang selera makan atas apa jua alasan dan tentu saya akan jadi seorang yang papa kedana. Namun begitu, saya telah menemui beberapa helah untuk memaksa rentak pemakanan sentiasa berjalan lancar. Antaranya:

i) Makan mengikut masa dan jangan skip mana-mana meal kecuali berpuasa. Bersahur adalah wajib.

ii) Makan buah yang ada rasa masam seperti buah oren, limau dll. Makan buah ini dalam tiga - lima minit sebelum makan. Ia akan menyebabkan rasa lapar  dan selera makan akan jadi lebih baik. Pengambilan jus juga boleh memberi kesan yang sama.

iii) Selalulah tonton rancangan memasak, selain memberi idea nak masak apa, ia juga merangsang rasa lapar apabila tengok masakan yang disediakan.

iv) Jangan makan terlampau banyak. Perut yang terlampau kenyang akan menyebabkan kita rasa 'berat' - badan dan hilang tenaga, terkadang menyebabkan tidur yang berlebihan. Rasa 'berat' akan melambatkan rasa lapar, namun tiba-tiba tanpa disedari, rasa lapar datang dengan membuak, angin masuk dalam kepala, dan kita mungkin akan - hilang selera makan atau ingin makan lebih banyak. Kitaran tidur-makan-tidur-makan akan terjadi tanpa disedari. Kita patut berjaga-jaga jika ini berlaku.

v) Sesekali, makan di luar bersama keluarga. Perubahan suasana pasti membantu.

vi) Doa pada Allah, semoga selera mudah datang, rezeki yang kita dapat sentiasa halal dan badan akan jadi sentiasa sihat.

Namun, kadang-kadang biar hilang selera makan dari hilang kasih-sayang Allah. Dr Rabiah ada nasihat di program Tanyalah Ustazah, "Apapun yang Allah beri pada kita, Bersyukur Dulu.... kerana ia tanda Allah ingat pada kita". Semoga kita pun sentiasa ingat pada Allah...

Saat Pena Di Genggaman
Iza Safiya