Assalamualaikum & Selamat sejahtera,




Terlebih dahulu, saya ucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan. Semoga kita dapat berpuasa sebaiknya di samping melakukan pelbagai ibadah lain. Kita anggapkan sahaja ini Ramadhan yang terakhir. Kita mohon ALLAH izinkan keberkatan Ramadhan terus menghujani hati kita hingga ke akhir hayat. Semoga jiwa kita terpelihara, hati kita tenang selalu dan jiwa kita damai juga tenteram.

Sambil berpuasa, saya kekal teruja untuk berbicara tentang SORRY AKU BUKAN DIA!. Minggu lepas, pihak ALAF 21 sudah mengangkat tirai rahsia yang menutup cover hadapan dan belakangnya selama ini. Alhamdulillah, dapat juga saya kongsikan gambar tersebut dengan anda sekalian si kunang-kunang saya...


Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya


Comments (0)