Ada berita duka yang harus dicatatkan di sini. Spain kalah buat kali kedua langsung tersingkir dari Piala Dunia 2014. Saya perlu menandakan tarikh ini kerana Encik Hati saya sedang bersedih. Biar pasukan kedua pilihannya, Argentina masih bernyawa, namun, garis halus di wajah tampak kian jelas melambangkan kepiluan hatinya. Lalu saya hadiahkan pantun ini buat Encik Hati.


            Buah nangka manis rasanya
            Sedap dimakan begitu sahaja
                     Dinda tahu kanda berduka
                     Kerana Spain pasukan kesayangan kanda


           Sedap dimakan begitu sahaja
           Jika diberi tentu nak lagi
                     Dah kalah, nak buat macamana
                     Redha ajelah, cuba pula dilain kali


          Jika diberi tentu nak lagi
          Berkongsi makan duduk di kantin
          Dengan kawan-kawan Pak Usu Jalil
                    Tak perlu kanda nak rasa rugi
                    Waktu yang kanda bajet untuk sokong Spain
                    Kanda top-upkan kat masa Qiamulail


         Jangan kanda bersedih lagi
         Dinda tetap di sisimu menemani
                   Kita sokong pula Argentina dan Messi
                   Moga terubat syahdu di hati






Kini saya mengharap, janganlah pula saya terpaksa menyanyikan lagu "Don't Cry For Me Argentina!"






Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya

Comments (0)