Dalam diam Jangan Lupakan Aku telah berusia tiga bulan. Jika anak kecil, mmm... tentu baby saya dah mula nak memontelkan diri. Mula pandai tertawa mesra. Suka diagah dan diberi perhatian.
Alhamdulillah! Terima kasih ALLAH di atas kurniaan ini. Sesungguhnya, hikmah pemberianMU sedang kuteliti satu persatu.
Jatuh? Oh! Itu perkara biasa. Namun, bukan sahaja Zara yang berjanji dengan Adam/ Izacknya tetapi juga saya yang berjanji dengan suami dan Tuan Punya Dunia bahawa kehidupan ini akan dilalui dengan sebaik-baiknya.
Lebih baik hari ini dari semalam...
Lebih baik berubah sekarang dari nanti...
Akhir tahun ini, saya berusia 40 tahun, tentunya saya mahu menjadikan diri saya seseorang yang saya inginkan.
JANGAN LUPAKAN AKU!
Ke kedai buku manapun akan kutatap kamu
Masih teringat bahagianya jari jemari ini menari di atas papan kekunci
Terasa diri bebas dari segala himpitan
Yang kerap buat si air mata mengalir
Aku tahu kau ada jiwamu sendiri
Terkadang kau merajuk denganku
Aku lupa janji ya?!
Bila aku ingati kamu
Tentu kita bicara semula
Tentang dunia kita
Tentang cerita kita
Yang amat banyak bezanya...
Terima kasih buat semua yang sudi bersama saya dari titik mula Jangan Lupakan Aku hingga kini. Semoga perjalanan hidup ini semakin menarik dengan warna-warna air mata dan pekatnya dakwat yang menulis cerita. Terima kasih, ALLAH!
Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya
4/20/2013 05:25:00 am |
Category: |
0
comments
Comments (0)