Hari ini Cintaku Tanpa Prejudis sudah siap saya tuliskan. Seperti biasa, saya akan termenung memikirkan manfaat yang akan saya kongsikan dengan teman pembaca. Ada atau tidak? Baik atau tidak?
Jangan Lupakan Aku mengajar saya tentang banyak perkara. Ianya juga mengingatkan saya tentang banyak perkara yang saya lupa. Salah satunya adalah 'saya hanya manusia biasa. Saya tidak mungkin mampu memuaskan hati orang, malahan hati saya sendiri terpaksa ditolak tepi dalam mempermudahkan pelbagai urusan'.
Mengukur jatuh bangunnya hidup ini berdasarkan apa? Berapa RM di dalam bank? Senyuman orang sekeliling? Bilangan rakaat solat sunat yang dikerjakan? Bilangan Ayat Suci Al-Quran yang dibaca? Atau apa?
Akhirnya, kita terpaksa memilih jalan tengah. Yang terbaik dari pilihan yang kurang baik. Jika pilihan yang ada adalah baik-baik belaka, maka kita akan pilih sesuatu yang paling banyak memberi hikmah untuk semua. Rupanya, di dalam kehidupan ini, banyak pilihan yang kita sudah buat. Semakin banyak membuat pilihan yang betul, insya-ALLAH hidup akan mudah dan tidak banyak masalah. Semakin banyak pilihan yang salah, semakin berseliratlah hidup dengan permasalahan yang timbul.
Pilihan juga satu dugaan. Kesan pada pilihan itu juga dugaan. Oh! Biarlah otak ini jelas yang hidup ini penuh dengan pilihan. Pilihan perlu dipilih tanpa prejudis! Kerana pilihan itu adalah dugaan.
Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya
4/05/2013 03:00:00 am |
Category: |
0
comments
Comments (0)