Entah mengapa, di dalam kesesakan jalanraya, saya terfikir tentang hantu di filem Tempatan. Saya yang bukan jenis kaki wayang, mengkelaskan hantu-hantu di Malaysia kepada tiga (3) kumpulan.
i) Hantu Alim - saya tak teringat pula contohnya. Tetapi, mana-mana hantu yang pakai telekong tu, hantu Alimlah kan!
ii) Hantu Cantik - contoh Hantu Mariam dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam. Mmmm... memang cantik!
ii) Hantu Hodoh - Ini yang banyak. Yang paling popular tentulah, Hantu Kak Limah Balik Kampung....
Tiba-tiba, Suami kata... Hantu Hollywood lagi canggih... putih melepak dengan kulit bersinar bagai berlian bila terkena cahaya mentari. Itu adalah hantu siri Twilight... Jika Suhaimi Baba berminat nak sambung Pontianak Harum Sundal Malam, minta juru mekap tu kilatkan sikit muka Maya Karin... Manalah tahu, kita boleh jual filem kita ke Hollywood lepas tu. Sebab, barulah orang tahu Pontianak di Malaysia, Maya Karin, rupanya 'sepupu' dengan Kristen Steward. Canggihkan!
Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya
Comments (0)