Seorang yang saya kenal diserang kanser. Tahap 4! INNALILLAH! Sakit dada saya mendengarnya. Bukannya apa, setahu saya dia seorang yang sihat. Kali terakhir saya jumpa pertengahan tahun lepas. Dia sihat, santai dan okey... Apa yang tak kena?
Dulu masa di USM, saya ada buat sedikit pembacaan tentang kanser. Ini semua gara-gara Nenek Saudara saya diserang kanser, Abah saya keluar arahan pada saya. Jaga kesihatan! Mungkin kerana Nenek Saudara (kini sudah Arwah) diserang kanser payu dara, hanya saya yang menerima arahan itu, kerana saya anak perempuan tunggal. Mmmm...
Antara alasan yang saya ketahui (melalui pembacaan dulu), kanser disebabkan keturunan, terdedah pada asap rokok yang mengandungi karsinogen, pemakanan berlemak dan berminyak serta cara hidup yang tidak sihat.
Apa pilihan yang ada?
Saya pecahkan kepada dua:
i) Jika kita datang dari keturunan yang ada penyakit kanser - elakkan penyebab dua hingga empat. Itu akan accelerate sel kanser untuk hidup subur beranak pinak dalam badan.
ii) Jika kita datang dari keturunan yang tiada kanser - elakkan penyebab dua hingga empat. Tak pasal-pasal, kita menambah bilangan manusia yang ada sel kanser dalam badan.
Moralnya, jauhi rokok, minimumkan makanan berlemak dan berminyak dan amalkan cara hidup sihat. Susah? Memang susah! Ini bukan kerja sendirian, ini kerja satu bangsa.
Sebabnya :
i) isteri yang berkurung dalam rumah pun mungkin akan terkena kanser jika ada ahli keluarga yang merokok.
ii) suami yang tidak merokok mungkin terkena kanser jika isteri hidangkan makanan berminyak selalu.
iii) anak yang tidak merokok dan makan makanan sihat setiap hari pun mungkin kena kanser jika asyik mendengar ibubapa bergaduh setiap hari.
Dalam ketiga-tiga senario di atas, kita tunggulah hasilnya selepas 20 tahun lagi. Saya pasti, jika setiap anggota bangsa tidak berubah, bilangan pesakit kanser, apa juga jenis, pasti meningkat... Persoalannya, adakah itu termasuk kita?
Ironinya, kita ada sahaja alasan...
- "Abang merokok nie... Asap yang masuk dalam dada Abang lagi banyak, Jah!" Itu alasan suami.
- "Kalau Jah tak masak kari, Abang dan anak-anak makan macam siput... Buat penat Jah masak aje..." Itu alasan isteri.
Paling kasihan, belum sempat anak-anak buka mulut, kita cantas dengan berkata, "Along diam! Jangan kurang ajar dengan mak bapak!" Kenapa? Sebab anak akan tanya, "Apa salah Along... kenapa Along yang kena kanser?"
Saat Pena di Genggaman
Iza Safiya
Comments (0)