Setahun lebih saya menulis secara serius, sudah hampir ada empat buah novel campur dua (on the way). Pada 12 November 2012, saya terima berita baik. Salah sebuah novel saya dipertimbangkan untuk diterbitkan. Berita yang dengan izin ALLAH, saya mungkin akan mencatat sejarah buat diri saya dan keluarga... Bahagianya sampai menusuk kalbu, terasa ALLAH sangat sayang pada saya yang banyak kekurangan ini.
Satu malam tidak boleh tidur lena... Rasa bahagia itu disulami dengan sakitnya jantung saya... Saya rasa bahagia, tapi jantung saya sakit... Pelik! Rasa bahu mendapat bebanan. Bebanan untuk memastikan apa yang saya tulis bermanfaat. Saya tidak mahu ianya sia-sia.
Saya mahu, apa yang saya tulis mampu buat perubahan.
Tulisan Arenawati buat saya minat sastera, walhal saya pelajar sains yang gila nombor sejak kecil.
Tulisan Khadijah Hashim buat saya ingin jadi wanita tabah, sebagai mana Mazni dalam Novel Badai Semalam.
Tulisan Tuan A, saya tidak ingat siapa, buat saya sayang pada datuk saya, sebagaimana satu watak dalam novel Seorang Tua di Kaki Gunung, jika tidak silap.
Tulisan Sydney Sheldon buat saya gila membaca untuk memperbaiki Bahasa Inggeris saya. Ada berpuluh koleksinya dalam simpanan di rumah Mama.
Tulisan Prof Kamil buat saya ingin jadi hamba ALLAH yang baik... Ingin segera buat Haji...
Mmmm... Tulisan saya akan buat apa? Saya soal pada diri saya... Tulisan saya mesti jujur dari hati... ikhlas untuk berkongsi cerita... semoga ALLAH izinkan saya mendapat manfaat, yang menerbitkannya boleh mendapat manfaat dan yang membacanya boleh mendapat. Ya ALLAH! Saya akur dengan jantung yang sakit dan bahu yang memberat...
Ia ibarat ujian yang baru bermula. Saya harap, saya lulus ujian. Kerana saya minta dengan ALLAH, jika usaha ini bermanfaat untuk saya dan orang lain, izinkanlah berlaku. Jika tidak, sembuhkanlah hati saya dari kelukaan kegagalan.

Maka nikmat ALLAH yang mana satu yang saya mahu dustakan? Tidak!
Saya tidak akan berputus asa... Ingin lulus ujian dan akan terus berusaha... Usaha itu Mulia, cogankata Temenggong Ibrahim Girls School, Batu Pahat... kerana, jika usaha dengan cara yang betul, kita dapat pahala... Itu yang best!
Saat Pena di Genggaman
Iza Safiya
Comments (0)