Saya tidak percaya yang saya akan sayangkan dia sehebat ini. Kami berlainan ibu dan bapa. Kami berlainan generasi. Apa hubungan saya dan dia? Dia anak saya tapi saya bukan ibu kandungnya.
Sungguh Saya Sayangkan Dia...
Kecilnya dulu dia manja... Mmm... Dia suka coklat Cadbury. Mama dia beri dia makan dua atau tiga atau lebih sikit. Dia akan buka pembalutnya dengan jarinya yang mungil buat saya geram, rasa nak gigit... Oh! Dia pernah kena gigit di nursery. Mungkin sebab dia putih melepak dan gebu...
Kecilnya dulu dia bijak... Mmm... Dia mewarisi kebijaksanaan Mama dan Abahnya.
Kecilnya dulu dia aktif... Mmm... Berilah dia permainan apa sahaja, dia akan main sepuas-puasnya... hingga saya tidak mengerti bila dia rasa penat... Dialah satu-satunya anak kecil yang menasihatkan saya, pada waktu itu umurnya lima tahun...
"Cikgu, bawa kereta baik-baik! Pegang kunci rumah baik-baik. Jangan sampai jatuh! Nak lintas jalan tengok kiri kanan..." Ketika itu, saya mahu pulang selepas menziarahi dia dan keluarganya. Saya ketawa bahagia di tepi jalan pada waktu itu. Bahagia dinasihatinya demikian sekali. Terasa diri amat disayangi.
Kini dia sudah dewasa. Ya! Umurnya sudah sebelas tahun. Sudah pandai malu. Masih manja, aktif dan tentu sekali amat bijak. Tapi sudah malu. Saya pula yang kadang-kadang hilang malu. Saya masih mahu memeluknya dan menciuminya. Sepuas-puasnya hingga melekat semua baunya pada hidung saya.
Akhir minggu lepas, saya bertemunya. Saya katakan, "Cikgu minta maaf sebab Cikgu masih mahu peluk dan cium kamu. Cikgu tahu kamu tidak gembira sebab kamu fikir kamu sudah dewasa. Tapi dalam hati Cikgu, kamulah insan yang paling cute dan comel dan Cikgu masih gagal membuang ingatan itu. Ini mungkin pelukan dan ciuman kali yang terakhir. sampai masanya, Cikgu tidak akan memeluk atau mencium kamu lagi. Cikgu terpaksa wakilkan Mama dan Abah kamu untuk melakukannya bagi pihak Cikgu... Walaupun itu sebenarnya yang paling Cikgu ingini untuk lakukan sendiri..."
Dia mengeraskan badannya ketika saya memeluk dia dan menciumi dia. Dia mungkin sudah tidak rela. Dan saya tidak boleh lagi memaksa. Hari ini, takdir ALLAH, saya memikirkan dia. Saya terima hakikat, itu mungkin pelukan dan ciuman yang terakhir dari saya untuk dia... Sungguh, saya sayangkan dia dan saya doakan dia bahagia dan berjaya di dalam kehidupannya... Ya! Dia sudah dewasa... Memang manja, aktif dan bijak, macam yang saya suka. cuma, dia sudah dewasa...
Saat Pena di Genggaman,
Iza Safiya
p/s: Sekadar satu coretan. Kebanyakan watak anak manja dan bijak, saya dedikasikan buat dia... Irfan Helmi dalam Ilham Cinta, Delmira Aisya dalam Ijtihad Cinta, Baby Sarah dan Haikal dalam Istana Cinta. Jika saya yang bukan mamanya, amat sayangkan dia, saya yakin Mama dan Abahnya pasti sayangkan dia lebih lagi. Sampai nak pecah dada!
11/16/2012 10:41:00 pm |
Category:
Cikgu,
Ijtihad,
Ijtihad Cinta,
Ilham,
Ilham Cinta,
Irfan
|
0
comments
Comments (0)