JB Gempar lagi... Kali ini dengan cerita anak kecil Nurul Nadirah... marah sangat hati ini. Saya cuba merasakan perasaan keluarganya pada dasar hati yang paling dalam. Jika saya berpeluang untuk bertanyakan soalan kepada pesalah, saya hanya akan tanya satu sahaja... Kenapa sampai perlu dibakar? Marah sangat sampai lupa pencipta Nurul Nadirah... Berani betul yea...

Terkadang dalam hidup sehari-hari kita lupa beberapa perkara apabila ingin bertindak pada orang lain. Kita selalu nampak penumbuk sendiri tanpa mengambil kira penumbuk orang. Semoga ALLAH berikan kesabaran yang menebal pada semua anggota keluarga arwah. Semoga ALLAH berikan rasa bertaubat pada si pesalah.

AL-FATIHAH

Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya

Comments (0)