Saya amat meminati sukan terutamanya badminton. Dan bila siaran langsung ALL ENGLAND yang ditayangkan beberapa hari lepas, saya tunggu hingga saat Datuk Lee Chong Wei meletakkan raketnya.
Semua orang kata LCW kalah. Tapi saya lebih suka katakan dia menarik diri. Bahunya sakit. Dalam sakit-sakit pun, setiap kali smashnya dilepaskan, pasti mendapat mata. Apa beza LCW dan Lin Dan?
Lin Dan nampak mudah marah! Dia cuba ketawa atau menggeleng kepala namun, marahnya tetap tak boleh sorok. Saya tak gemar pemain yang suka marah... buat spoil aura. Lihat LCW atau Nicole David... Tak marah... senyum sahaja...
Kali ini saya bangga dengan rakyat Malaysia di Brimingham. Mereka bersorak dan bersorak dan bersorak sehingga LCW hendak menarik diri pun nampak dia rasa bersalah pada peminat.
Bagi pihak diri saya... Saya tak marah... Semoga LCW cepat sihat dan boleh bermain lebih hebat sehingga pingat emas olimpik berada dalam genggaman. Saya boleh tumpang bangga!
Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya

3/15/2012 01:10:00 pm |
Category: |
0
comments
Comments (0)