Ramadhan kali ini agak menarik, Sukan Olimpik menemankan
saya menyediakan sahur. Saya amat nantikan Datuk Lee Chong Wei, Pandalela dan
Azizul Hasni Awang beraksi. Tahniah untuk mereka bertiga. Tidak rugi terpaksa
menunggu hingga tidak tidur malam untuk menyokong mereka mewakili negara.
Walaupun bukan pingat emas yang mereka bawa pulang, yang penting adalah
kepuasan hati saya ketika menonton mereka beraksi dalam perlawanan. Tentang
hati orang lain, saya serahkan pada pemilik hati itu sendiri. Bagi saya, ALLAH
tahu apa yang terbaik buat kita dan orang di sekeliling kita. Jika itu bermakna
Malaysia hanya pulang dengan satu pingat perak dan satu gangsa, itulah yang
sebenarnya layak untuk si peserta dan layak untuk negara kita Malaysia.
Untuk
dapat pingat emas, saya percaya, bukan pemain sahaja yang perlu
bersungguh-sungguh, malah, para penyokong juga begitu. Mungkin ramai yang
tinggal solat kerana hendak duduk depan TV. Maka, lain kali, jika ada event
besar, kita solat dulu, baru sorak ramai-ramai sampai gemuruh suara kita sampai
ke lapangan di mana wakil negara kita bertanding. Semoga ALLAH izinkan emas dalam genggaman pada
masa yang lain... Amin!
Saat Pena Di Genggaman
Iza Safiya
8/15/2012 09:54:00 am |
Category: |
0
comments
Comments (0)