Aidilfitri lepas, saya membantu mengemas rumah Mama. Ada
banyak benda yang saya suka klasifikasikan sebagai ‘barang penahan habuk!’.
Setelah mendapat kebenaran, mana yang tidak berguna, Mama izinkan saya untuk
buang. Punyalah sakan membuang barang hingga lupa diri dan salah satu yang saya
buang adalah Buku Telefon Mama...
Memandangkan Mama saya adalah Guru Pencen, saya rasa bagai
terhukum mendengar bebelannya hampir setiap kali saya menghubunginya. Walau
diberi pelbagai alasan yang mudah hingga alasan yang kompleks untuk memujuk Mama,
Mama tetap menganggap buku Telefon miliknya itu adalah penting. Sedangkan
setahu saya, semua nombor di buku telefon Mama telah dimasukkan ke dalam contact list di telefon bimbitnya. Maka,
apa yang dia takutkan... Saya tidak faham...
ALLAH beri saya faham ketika Ramadhan ini. Setelah hampir
genap setahun ‘Perang Dingin Manja’ saya dan Mama bila dia menyebut isu Buku
Telefon Mama. Apa yang berlaku? PDA HTC saya rosak dan itu berlaku dalam sesaat
tanpa saya sangka! Semua nombor ada di dalam PDA HTC, termasuk nombor Mama!
Memanglah ada yang tersimpan dalam SIM Card, tapi biasanya itu contact person yang sudah berkurun
lamanya. Bagaimana dengan nombor telefon kenalan yang baru? Bos yang baru?
Sahabat yang baru? Ah! Masalah... Baru saya ada akai!!!
Maka, Syawal ini, saya akan mengotakan janji saya pada Mama,
mendapatkan balik nombor telefon semua saudara dan kenalan yang kami bakal
jumpa semasa Aidilfitri nanti... Selepas itu selesai, ‘Perang Dingin Manja’ pasti
berakhir. Yang tinggal adalah manja-manja seperti yang kami kongsi bersama
sejak kami bersama... Tentunya, kini, saya juga memiliki Buku Telefon Anak Mama
J
Saat Pena Di Genggaman,
Iza Safiya
8/15/2012 11:30:00 am |
Category: |
0
comments
Comments (0)