Ada drama bertajuk “Jangan ambil Padang Kami...” Jika
ditonton iklannya, nampak agak bagus. Namun, masa tidak berpihak pada saya.
Saya tidak menontonnya. Saya cuma suka tajuk itu kerana dulu, semasa di
USM, saya sangat suka bermain di padang. Bermain bola baling, bola jaring malah
untuk berjoging juga, saya akan berjoging keliling padang. Jika teman lain
gemar memilih aktiviti kewanitaan sebagai pilihan ko-kurikulum, saya dan rakan-rakan padang, akan
memilih aktiviti sukan yang menjamin kami boleh berada di padang. Dari Silat Olahraga, bola baling dan lain-lain lagi.
Sekarang, anak-anak tidak perlukan padang. Mereka perlukan
iPad, XBox, PS3 dll. Mereka akan tetap bermain, cuma mereka tidak perlukan
teman sepermainan dan tidak busuk kerana teruk berpeluh. Ada pro dan kontra...
Terpulang kepada ibubapa untuk mengaturkan semuanya.
Aidilfitri makin hampir, kita patut berusaha dalam kekecohan
kita mengunjungi saudara yang tua dan ada juga yang sudah uzur, jangan pula kita membiarkan anak-anak leka
membelek iPad hingga tidak kenal siapa yang dilawatinya, tidak belajar untuk berkomunikasi
dengan bangsa sendiri dan tidak belajar menghormati orang tua yang masih ada. Minta
anak-anak off sekejap segala gadjet yang ada... Slogan ‘Hak Bermain Hak Kami’
digantung sementara!!!
Teringat kisah masa kami kecil dulu, sebelum turun dari
kereta untuk berhari Raya, Mama dan Abah sudah siap-siap ingatkan siapa tuan
rumah yang akan kami temui, apa hubungannya tuan rumah dengan kami, budi baik
tuan rumah dengan ibubapa kami dll. Kebaikannya, bila dewasa, ketika kita
mengadakan kenduri, kita tidak kekok untuk melayan saudara yang datang. Mungkin
terkadang, kita terlupa nama mereka tapi kita tidak mungkin lupa yang ‘orang
itu’ saudara kita. Tidaklah sampai, bila saudara datang, menyorok dalam bilik
sebab tak kenal saudara. Kononnya malu!!! Maklum, orang kota!
Saat Pena Di Genggaman
Iza Safiya
8/15/2012 10:02:00 am |
Category: |
0
comments
Comments (0)