JB Gempar lagi... Kali ini dengan cerita anak kecil Nurul Nadirah... marah sangat hati ini. Saya cuba merasakan perasaan keluarganya pada dasar hati yang paling dalam. Jika saya berpeluang untuk bertanyakan soalan kepada pesalah, saya hanya akan tanya satu sahaja... Kenapa sampai perlu dibakar? Marah sangat sampai lupa pencipta Nurul Nadirah... Berani betul yea...

Terkadang dalam hidup sehari-hari kita lupa beberapa perkara apabila ingin bertindak pada orang lain. Kita selalu nampak penumbuk sendiri tanpa mengambil kira penumbuk orang. Semoga ALLAH berikan kesabaran yang menebal pada semua anggota keluarga arwah. Semoga ALLAH berikan rasa bertaubat pada si pesalah.

AL-FATIHAH

Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya
Saya amat meminati sukan terutamanya badminton. Dan bila siaran langsung ALL ENGLAND yang ditayangkan beberapa hari lepas, saya tunggu hingga saat Datuk Lee Chong Wei meletakkan raketnya.

Semua orang kata LCW kalah. Tapi saya lebih suka katakan dia menarik diri. Bahunya sakit. Dalam sakit-sakit pun, setiap kali smashnya dilepaskan, pasti mendapat mata. Apa beza LCW dan Lin Dan?

Lin Dan nampak mudah marah! Dia cuba ketawa atau menggeleng kepala namun, marahnya tetap tak boleh sorok. Saya tak gemar pemain yang suka marah... buat spoil aura. Lihat LCW atau Nicole David... Tak marah... senyum sahaja...

Kali ini saya bangga dengan rakyat Malaysia di Brimingham. Mereka bersorak dan bersorak dan bersorak sehingga LCW hendak menarik diri pun nampak dia rasa bersalah pada peminat.

Bagi pihak diri saya... Saya tak marah... Semoga LCW cepat sihat dan boleh bermain lebih hebat sehingga pingat emas olimpik berada dalam genggaman. Saya boleh tumpang bangga!

Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya

Ke mana saya pergi? Sejak 22 November 2011 hingga hari ini, saya ibaratnya pergi bercuti sabatikal. jika diizinkan memilih, saya pilih untuk ke Mekah dan Madinah serta kemudian terus ke Jepun pada Mac ini. Al-Maklum, musim Sakura.

Sebenarnya saya ada... cuma melakukan sesuatu yang saya suka. Sangat suka sampai Cik Abang terpaksa pasang telinga setiap kali saya membuat laporan lisan. Menariknya dia pengkritik utama dan saya suka dia jadi begitu selama-lamanya. Bagi saya, itu tanda dia sangat cintakan saya. Apa yang saya lakukan itu adalah menulis. Selain dari urusan kerja dan peribadi, saya cukup suka menulis. Paling kurang, saya tulis diari kerja saya dan blog ini. Namun, demi merealisasikan impian yang semakin membuak-buak, I put a halt in blogging, instead I finish my novel writing. My first novel ILHAM CINTA.

Mmmm... saya akan kongsikan tentang ILHAM CINTA pada satu dua minggu lagi.

Hanya kepada ALLAH saya serahkan apa akhirnya kisah ILHAM CINTA di dunia ini, semoga ia benar-benar mengilhamkan.


Saat Pena Di Genggaman
Iza Safiya