[Nota Penulis: Kempen Muslimah Sejati adalah ajakan Penulis kepada diri sendiri, kaum keluarga, rakan-rakan dan sesiapa sahaja Muslimah yang sudi untuk bersama dalam usaha menjadi Muslimah Sejati. Semoga kita dan suami kesayangan kita diizinkan untuk bertemu Nabi Muhammad SWT dan para isteri Baginda di Syurga kelak]
Sering kali kita lalu di jalanan untuk ke pejabat mahu pun pulang, kita nampak kelibat anak-anak ke sekolah, para pekerja memandu ke tempat kerja masing-masing, peniaga gerai berniaga di tepi jalan, polis trafik sibuk memberi arahan laluan dll.
Apa yang kita lakukan? Pilihan yang ada:
i) Dengar Radio
ii) Merancang kerja seharian (di dalam kepala - yang mula berselirat)
iii) Berceloteh dengan sesiapa sahaja - yang berada di dalam kereta atau melalui talian telefon
Apa kata kita ubah suasana ini?
Bagaimana? Ini adalah Modus Operandi Kita:
i) Bila nampak anak-anak muslim pergi sekolah, kita doakan "Ya Allah, Kau permudahkan Anak Adam Yang sedang berjalan ke sekolah itu, memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru-gurunya, mendapat ilmu yang bermanfaat dan diredhai oleh ibu bapanya. Jadikanlah dia seorang yang berjaya apabila dewasa nanti dan izinkan dia mendekatiMu dengan ilmu yang didapatinya dan memartabatkan Islam di seluruh alam ini." Amin.
ii) Bila nampak para pekerja memandu ke tempat kerja masing-masing, kita doakan "Ya Allah, Kau permudahkanlah hamba Allah di kereta kanan, kiri, depan dan belakangku memandu dengan selamat hingga sampai ke destinasi kami masing-masing." Amin.
iii) Bila nampak peniaga gerai di tepi jalan, kita doakan "Ya Allah, Kau permudahkan rezeki peniaga gerai yang sedang berniaga di tepi jalan itu, izinkanlah jualan makanan mereka habis terjual dan mendapat keuntungan dan jauhkanlah mereka dari kerugian." Amin.
iv) Bila nampak polis trafik sibuk memberi arahan laluan, sebaik sahaja kita melepasi pegawai itu, kita doakan "Ya Allah, Kau selamatkanlah Polis Trafik yang bertugas itu, berilah petunjuk kepadanya agar dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin pada hari ini." Amin.
Tak munasabah? Ada aku kesah? MasyaAllah! Bukankan semua Muslim adalah bersaudara? Dicubit peha kanan, peha kiri terasa.
Mulakan dengan 10 individu yang kita nampak sebaik keluar rumah. Cabar diri kita, sudah tentu saya cabar diri saya, untuk melakukannya bersama-sama. Kita sering dengar, jika 40 orang Muslim berdoa, doa akan dimakbulkan, InsyaAllah. Suami saya kata, Allah berhak untuk memakbulkan doa walaupun dari hanya seorang hambaNya yang berdoa. Yang penting tulus dari hati. InsyaAllah.
Bayangkan, kita nampak seorang Muslim, kita doakan, "Ya Allah, izinkan Muslim itu menjadi jutawan dan membantu Muslim lain hanya keranaMu.", dan semua Muslim mendoakan setiap Muslim yang ditemui.
Bayangkan! Saya percaya tidak mustahil untuk itu berlaku, di saat itu, insyaAllah, ekonomi Malaysia menjadi Halalan Toyyiban macam yang kita dambakan.
Selamat mencabar diri!!!!
Salam Hijrah,
Iza Safiya
Saat Pena Di Genggaman...
6/28/2011 12:08:00 am |
Category: |
0
comments
Comments (0)