Keraian Ulang Tahun Pertama
Perkahwinan
Izack & Zara
Februari 2014
Hadiah Buat Teman Pembaca - Kemunculan Istimewa
Izack & Zara
Jangan Lupakan Aku dari Iza Safiya
Piccredit: Kanda Asmah Hashim
Teaser / Pemanis
bicara #2:
Tetapi
itu sebulan dulu. Sekarang, lain ceritanya. Ilham Zackry bertambah kalut. Jam
sudah menunjukkan pukul 5.00 petang. Sudah sejam dia bertapa di dalam kamar
tidurnya. Puas digeledah. Puas dibelek. Tak ada! Ya, apa yang dia cari tidak
ada.
“Sayang!”
Ilham
Zackry mengerutkan dahi. Itu suara Elza Zaharah. Awal isterinya pulang! Melihat
cadar di atas katil berselerak kerana tidak sempat dikemas semula, Ilham Zackry
tiada pilihan lain. Segera dia melompat ke atas katil, berbaring lalu
berselimut. Matanya ditutup rapat-rapat. Itu sahaja caranya untuk menutup
rahsia.
Ops! Apa yang tidak
ada? Kenapa Izack aka Ilham Zackry kalut? Rahsia apa yang cuba ditutupnya?
Bagi
sesiapa yang masih belum memiliki Jangan
Lupakan Aku, sila klik:
Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya
1/31/2014 10:47:00 am |
Category: |
0
comments
Comments (0)