Hari ini hari yang amat bermakna di dalam hidup saya. Novel kedua saya bakal diterbitkan di dalam bulan Ogos 2014. Tajuknya, Sorry, Aku Bukan Dia.
Alhamdulillah! Saya akan berusaha sebaiknya untuk memberikan sesuatu yang istimewa pada rakan pembaca. Kisah apa? Cinta kekeluargaan yang romantik! Saya sukakan genre ini.


Bagi saya, semua orang perlukan cinta. Semua orang perlukan keluarga. Dan bila disebut tentang cinta, romantiknya perlu ada. Siapa lagi yang nak beromantik dengan kita, jika bukan pasangan sendiri. Orang lain? Nauzubillah!

Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya


p/s: Blog ada hantu ke sekarang? Asyik hang... kerja seminit menjadi berminit-minit.


Comments (0)