Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Saya sudah naikkan Bab 7 untuk menemani masa senggang kalian pada hujung minggu ni. Sudi-sudikan ya.


Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya
Bila pasukan Jerman membunuh rentak samba hingga pasukan Brazil menjadi sambal, saya terdiam tak tahu nak komen apa.

Tertanya juga, adakah itu berlaku disebabkan ketiadaan Neymar? Atau Brazil sebenarnya terlalu 'berdebar dada' menghadap pasukan 'OREN ITU CERIA'? Entahlah! Tapi, 7-1 memang pencapaian luar biasa untuk perlawanan di peringkat semi final. Keseganan Spain akhirnya berkurangan. Ada gergasi lain yang sekapal.

Satu kata-kata yang saya petik dari seorang rakan FB:
 
Jika Jerman menang besar, itu berita biasa.
Jika Brazil kalah teruk, itu berita luar biasa.

Hmm... Melihat iklan Ali Café yang mempromosikan Piala Dunia, saya terbayangkan pencapaian Malaysia.

Mengapa tidak kita pilih 50 orang kanak-kanak lelaki kecil yang minat bermain bola, berDNA ketinggian tubuh yang sederhana dan tinggi serta mempunyai ibubapa yang kaki bola.
Kita beri mereka makanan dan minuman yang kelas A. Jangan lupa, mereka perlu minum Milo, biskut tiger dan vitagen. Jangan lupa vitamin yang boleh membina tulang yang kuat dan otot yang pejal.
Untuk otak, kita beri mereka makan Examo 500 dan Lecithin 1200.
Untuk nampak berkeyakinan, kita beri mereka pakaian sukan jenama Adidas, kasut Puma  dan macam-macam lagi...
Cuma, bila dah akil baligh, wajibkan mereka minum Ali Café (saya terinspirasi dengan kehebatan yang mampu ditunjukkan oleh pelakon iklan minuman tersebut.)
Bertahun-tahun kita beri mereka segala yang terbaik. Mereka bakal dilatih oleh jurulatih dari Malaysia, Korea Selatan, Jerman, Belanda, Brazil dan Argentina. Padang dan peralatan latihan serta gymnasium mestilah yang tip top.

Agak-agak, ketika mereka berusia 20 tahun, mampukah mereka memastikan usaha yang terbaik agar Malaysia dapat masuk Piala Dunia 2034?  

Oh! Terlupa nak tambah, jauhkan mereka dari dunia glamer. Kalau patut kita simpan mereka dalam kebuk wasap, itu jauh lebih baik. Mereka perlu focus 100%.

Malaysia memang boleh. Tapi, adakah Malaysia sanggup?

Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu lepas, pada 5 Julai 2014, jam 1.26 pagi, negara kita dikejutkan dengan berita kepulangan Allahyarhamah Sharifah Aini, seorang penyanyi tahap Biduanita Negara ke Rahmatullah. Sebagai saudara sesama Islam yang pernah mengkagumi bakat seninya serta segala jasa dan bakti yang dicurahkannya, jom kita sama-sama menghadiahkan ummul kitab, Al-Fatihah buat Allahyarhamah. Semoga rohnya tenteram di alam sana di samping roh mereka yang beriman.

Hormati permintaan Allahyarhamah yang tidak mahu sebarang bentuk gambar atau video beliau yang tidak menutup aurat disebar atau dikongsikan. Sesungguhnya, sebagai saudara seagama, permintaan itu adalah terlalu kecil dan mudah untuk kita tunaikan.

Perjalanan 'gadis' teratai sudah tiba penghujungnya
Perjalanan kita entah bila 

SORRY, AKU BUKAN DIA! - Bab 6 tetap bersiaran sebagaimana yang dijanjikan.
Jemput klik :http://naskahemas.blogspot.com/


Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya 
Assalamualaikum & selamat sejahtera,

Sejujurnya, saya sudah memasukkan Bab 5 untuk naskah SORRY, AKU BUKAN DIA! di ruangan Pena Emas pada Jumaat lepas, sebagaimana janji saya. Namun, keadaan blog yang asyik-asyik 'hang' buat saya menunda aktiviti memasukkan catatan ini.



Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya

p/s: Tiada gambar dan teaser Bab 5. Keluar notifikasi Error. 
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Saya memang bersalah. Berjanji dan kemudian memungkiri. Saya tidak menduga semalam tengahari muncul kerja yang tidak disangka dan memerlukan perhatian sewajarnya. Demi itu, saya mungkiri untuk menaikkan SORRY, AKU BUKAN DIA! Bab 4 pada tengahari semalam.

Maka, ini apa yang saya janjikan. Maafkan saya ya...




Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya