Mir!
Nama mu bisa buat mummy tersenyum sendirian, ketawa sendirian dan menangis sendirian. Bukannya tiada siapa yang mahu teman. Abah Mir sentiasa ada di sisi dan sentiasa sudi. Namun, ia terkadang lebih indah bila dilakukan sendirian.
Mir adalah cinta mummy... Biar hadirmu hanya seketika. Namun, Kenangannya selama-lama. Hingga akhir hayat mummy nanti.
Mungkin lagu Saat Terakhir dari ST12 mampu menceritakan 1% dari perasaan hati ini.
Mir!
Mir datang dalam hidup mummy dalam keadaan yang cukup cantik. Pada 10 Mei 2013, mummy mengetahui yang Mir ada bersama mummy, di dalam diri ini tanpa mummy sedari. Ia amat membahagiakan. Ia mampu menukar diri mummy sekelip mata dari mummy yang biasa kepada mummy yang luar biasa.
Mir!
Memanggilmu Mir untuk Nur Zara Delmira Aisyah jika kamu perempuan atau Muhammad Amir Ziqri jika kamu lelaki. Hmm... Entah mengapa naluri mummy dan abah mengatakan yang Mir adalah perempuan.
Cukup dua minggu, doktor memaklumkan yang sesuatu telah berlaku. Sebulan kemudian, secara formalnya kita telah berpisah. Mummy kehilangan kamu. Dan itu buat mummy sunyi. Dunia seakan sepi. Masa terus terhenti.
Ya, terlalu banyak perkara yang berlaku.
Mummy tak pernah kena curfew oleh abah. Dua minggu mummy duduk di tingkat atas rumah kita dan hanya turun untuk ke klinik sahaja.
Abah mencuci, abah memasak dan abah buat semua perkara yang dia pernah buat lama dulu, tidak pernah buat atau biasa buat namun sendirian tanpa mummy di sisi. 'Kilat' dapur mummy abah buat. Semua untuk Mir!
Mummy menangis beria sebab merajuk pada abang Mir sampai abang Mir menganga terkejut. Apa salah dia? Hanya kecil sahaja, dia salah letak pinggan mummy di meja makan... Ah! Dalam keadaan mummy yang biasa, mummy tak kisah pun...
Mummy mesti terima hakikat yang kita memang ditakdirkan tidak bersama di dunia ini. Untuk redha? Mummy redha dan cuba beristiqamah untuk redha. Payah? Memang payah hingga mummy terpaksa mengeluarkan arahan lisan pada diri ini berulang-ulang kali, ALLAH yang beri perpisahan ini dan jika kita redha, tentu ALLAH akan merahmati kita.
Mir!
Mir tahu tak?
Mir suka makan apa yang abah dan mummy suka makan. Mir suka ayam dan ikan. Mir suka makan ayam macam abah dan ikan macam mummy.
Mir suka air masak, itu macam abah.
Mir suka susu, itu macam mummy.
Mir suka kurma, itu macam mama.
Mir suka cakap terang dan jelas, itu macam abah.
Mir suka happy, itu macam mummy dan abang Mir.
Mir suka manja. Abah cakap itu macam mummy. Mummy pula rasa itu macam abah.
Mir seorang yang ekspresif, Mir macam abah, mummy, mama dan abang Mir.
Abah kata Mir is mummy's daughter but Abah's girl. His one and only Princess.
Ya, Mir cukup sempurna untuk abah, mummy, mama dan abang Mir.
Buat Abah Mir...
Air mata kita mampu kering jika kita kira kesedihan di hati
Namun jika kita mengenang bahagia bila adanya dia,
air mata itu akan terbit semula biar hanya membasahi hati....
Satu jam saja ku telah bisa sayangi kamu
Namun untuk melupakanmu aku perlukan seumur hidup... itu kata ST12
Satu saat sahaja Mir bisa buat seumur hidup hati mummy berbekas...
Selamat tinggal, Mir!
Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya aka Mummy Mir
6/16/2013 11:35:00 pm |
Category: |
0
comments