Assalamualaikum & selamat sejahtera,
Saya akan mula memasukkan bab-bab terawal SORRY, AKU BUKAN DIA! di blog ini iaitu di saluran PENA EMAS. Ia akan dibuat secara berfasa dan tentu sekali saya akan mendahulukan semua yang bergelar Frenz.
Ramai yang PM mengatakan mereka terlepas bab tersebut. Saya simpati. Apa yang saya boleh janjikan, insya-ALLAH, saya akan memasukkan bab-bab tersebut pada hari ISNIN dan JUMAAT.
Setakat tarikh hari ini, SORRY, AKU BUKAN DIA! - Bab 2 kini sedang bersiaran di IZA SAFIYA FRENZ PAGE, sesiapa yang bergelar FRENZ, pergi sahaja ke page tersebut. Semua yang ada di situ memang buat FRENZ!
Dan SORRY, AKU BUKAN DIA! - Bab 1 pula sedang bersiaran di portal Ilham Karangkraf. Ia memang lambat satu bab kerana saya harus menghormati FRENZ saya yang menyokong, mendorong, menegur dan berdiri teguh di belakang saya selama ini. Maka, jika anda ingin dapatkan maklumat yang cepat, senang sahaja. Join sahaja IZA SAFIYA FRENZ PAGE.
Setelah bersiaran di portal Ilham Karangkraf, barulah saya akan upload di blog SAAT PENA DI GENGGAMAN. Mengapa begitu? Kerana saya fikir itu turutan yang wajar. Anda ada cadangan lain? Jemput PM atau tuliskan komen pada post ini. Alhamdulillah! Saya sentiasa mohon pada ALLAH agar mampu untuk mengambilberat tentangnya.
Terima kasih.
Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya
6/19/2014 01:00:00 pm |
Category:
Sorry Aku Bukan Dia!
|
Alhamdulillah!
Ucapan tahniah buat insan yang sedarah dengan saya. Adik kini telah berjaya. Dengan apa yang digenggam dalam tanganmu, yang tergalas di bahumu dan ditanggung dek kolam hatimu, kakak bersyukur, kejayaan jua berjaya kau raih, setelah berusaha jerih dan perih.
Teruskan usaha. Lebarkan sayapmu ke serata dunia. Tinggikan ilmu dan akhlakmu. ALLAH yang sebaik-baik penilai. Doa kakak tetap buatmu.
Biar jarak terpisah beribu batu
Biar detik masa bergerak tak sama
Kau dan aku tahu
Kita tetap berkongsi jiwa
Biar mata tak dapat bertemu
Tetap terubat segala rindu
Sebaik doa kuucap untukmu
Lambang kasih yang tak pernah jemu
Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya
6/19/2014 12:38:00 pm |
Category: |
Ada berita duka yang harus dicatatkan di sini. Spain kalah buat kali kedua langsung tersingkir dari Piala Dunia 2014. Saya perlu menandakan tarikh ini kerana Encik Hati saya sedang bersedih. Biar pasukan kedua pilihannya, Argentina masih bernyawa, namun, garis halus di wajah tampak kian jelas melambangkan kepiluan hatinya. Lalu saya hadiahkan pantun ini buat Encik Hati.
Buah nangka manis rasanya
Sedap dimakan begitu sahaja
Dinda tahu kanda berduka
Kerana Spain pasukan kesayangan kanda
Sedap dimakan begitu sahaja
Jika diberi tentu nak lagi
Dah kalah, nak buat macamana
Redha ajelah, cuba pula dilain kali
Jika diberi tentu nak lagi
Berkongsi makan duduk di kantin
Dengan kawan-kawan Pak Usu Jalil
Tak perlu kanda nak rasa rugi
Waktu yang kanda bajet untuk sokong Spain
Kanda top-upkan kat masa Qiamulail
Jangan kanda bersedih lagi
Dinda tetap di sisimu menemani
Kita sokong pula Argentina dan Messi
Moga terubat syahdu di hati
Kini saya mengharap, janganlah pula saya terpaksa menyanyikan lagu "Don't Cry For Me Argentina!"
Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya
6/19/2014 12:04:00 pm |
Category: |