Salam,


Pada tarikh hari ini, IZA SAFIYA FRENZ PAGE sudah mencecah 100 likes sejak hampir seminggu dilancarkan. Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur atas sokongan kalian pada penulis baru seperti saya.


Ada hadiah untuk semua Frenz meraikannya. Ianya sebuah cerpen RAIN ITU HUJAN-HIDUP HARUS BERTEMAN. Pelik tajuknya? Saya pasti, suatu hari nanti, Frenz pasti memahaminya.







Sila klik di sini http://karyamayais.blogspot.com/




Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya


Hari ini hari yang amat bermakna di dalam hidup saya. Novel kedua saya bakal diterbitkan di dalam bulan Ogos 2014. Tajuknya, Sorry, Aku Bukan Dia.
Alhamdulillah! Saya akan berusaha sebaiknya untuk memberikan sesuatu yang istimewa pada rakan pembaca. Kisah apa? Cinta kekeluargaan yang romantik! Saya sukakan genre ini.


Bagi saya, semua orang perlukan cinta. Semua orang perlukan keluarga. Dan bila disebut tentang cinta, romantiknya perlu ada. Siapa lagi yang nak beromantik dengan kita, jika bukan pasangan sendiri. Orang lain? Nauzubillah!

Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya


p/s: Blog ada hantu ke sekarang? Asyik hang... kerja seminit menjadi berminit-minit.